web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Tumpas Sindiket Penipuan Pelaburan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2021 5:50PM

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penipuan yang mengendalikan empat skim pelaburan atas talian yang beroperasi di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kelantan.

Sejumlah wang tunai bernilai RM11,930 serta 21 individu berbilang bangsa turut ditahan dalam beberapa operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sejak Februari hingga awal Mac.

Pengarah JSJK, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata antara skim pelaburan yang ditumpaskan adalah Likeshare, Zan Zan Lee, Isharefans dan E-currency Investments Bitcoin.

“Berdasarkan siasatan, ahli sindiket akan memulakan hantaran iklan tawaran pelaburan melalui platform media sosial seperti Facebook dan WhatsApp.

“Mangsa yang tertarik akan mula mengikut arahan sindiket untuk menyertai pakej pelaburan dengan modal yang rendah tetapi menjanjikan pulangan keuntungan yang berganda dalam tempoh yang singkat,” katanya.

Turut dirampas adalah 28 unit telefon bimbit, 17 keping kad ATM, 11 keping kad kredit, sembilan set dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia, tiga unit modem, tiga komputer riba, dua komputer dan dua buah buku cek, satu cop perniagaan, sekeping kad Big Pay, satu unit tablet, satu salinan penyata akaun dan sebuah kereta berserta kunci.

Susulan tangkapan, beliau menasihatkan orang ramai agar jangan mudah percaya dengan iklan promosi pelaburan di media sosial dan membuat semakan dengan agensi yang berkaitan, bagi mendapatkan status skim pelaburan serta syarikat terbabit.

“Skim pelaburan yang berdaftar dan diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia (BNM) tidak akan menjanjikan keuntungan yang terlalu besar dalam tempoh masa yang begitu singkat.

“Jangan mudah terpedaya dengan pakej pelaburan yang dilihat sebagai too good to be true,” tegas Zainuddin.

Semua tangkapan berkenaan disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu.

Untuk mengenalpasti rekod keterlibatan sesebuah akaun dalam kes jenayah, orang ramai boleh membuat semakan di http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ - Getaran, 4 Mac 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 8 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad