web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemandu Treler Rempuh Kerangka Pembinaan Positif Dadah

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2021 1:57PM

2 maut manakala 3 lagi parah selepas kerangka besi pembinaan menghempap sebuah van di Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Desa Tun Razak, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemandu treler yang melanggar kerangka besi pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Desa Tun Razak, di sini, semalam, disahkan positif dadah jenis methamphetamine.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata suspek berusia 40 tahun didapati positif dadah selepas ujian saringan air kencing dijalankan terhadapnya, sebaik ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Daerah Dang Wangi.

Menurutnya, siasatan mendapati treler dipandu lelaki terbabit melanggar kerangka besi di kawasan pembinaan, hingga menyebabkan rusuk keluli bersama perancah besi terjatuh di kedua-dua laluan utama.

"Akibat daripada insiden itu, sebuah van jenis Toyota Hiace dihempap rusuk keluli berkenaan di laluan Ampang menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

"Dua daripada penumpang van terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandunya dan dua lagi penumpang mengalami kecederaan parah,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pemandu van kilang, Muhd Fairus Mohd Yusof, 47, patah tulang bahu kiri, bengkak pada paru-paru dan mengalami pendarahan dalaman.

"Dua lagi penumpang van terbabit, iaitu Zaitun Zainal, 54, cedera kaki kiri, manakala Zakiyyah Yakop, 51, pula cedera betis kiri.

"Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai, Norhayati Abdullah , 42, dan Nurina Edwin Abdullah, 47,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian, van terbabit dalam perjalanan ke tempat kerja di kilang Sensata Technologies, USJ 1.

"Pemandu treler itu ditahan dan akan direman mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. – Getaran, 4 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Operator Kilang Rugi Lebih RM70,000 Diperdaya 'Parcel Scam'

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Tembak Pulau Ketam: Suspek Tanya Tentang Bot, Cuba Lari Ke Negara Jiran

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Wanita Warga Emas Disyaki Curi Wang Majlis Kahwin Direman 4 Hari

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tak Puas Hati Kena Tarik, Wanita Nekad Bakar Motosikal

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 23 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar