web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PDRM Laksana Kediaman Sewa Untuk Pegawai, Anggota - Mazlan Lazim

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 7:06PM

Mazlan (kanan) mendengar taklimat dari wakil JKR Daerah Maran sambil diperhatikan Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf (dua dari kiri).

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARAN - Kertas cadangan bagi melaksanakan konsep sewa kediaman untuk menempatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, fasa pertama pelaksanaan konsep itu akan dimulakan di Lembah Klang, melibatkan 220 unit kediaman.

“Keperluan untuk menyediakan kemudahan perumahan kepada pegawai dan anggota kita adalah sangat mendesak, terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur.

“Elaun perumahan diterima anggota kita hanya sekitar RM300 sebulan, mana nak cari rumah sewa pada harga begitu di Kuala Lumpur, sewa bilik bolehlah, jadi kita kemukakan cadangan kepada KDN bagi mencari jalan penyelesaian dan kita harap ia dapat dipertimbangkan dan diluluskan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan lawatan ke perumahan polis terbengkalai di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran, dekat sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dan Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan (DSP) Norzamri Abd Rahman.

Projek perumahan itu sudah terbengkalai kira-kira 16 tahun dan dijangka dapat disiapkan untuk diduduki 60 keluarga pegawai pangkat rendah IPD Maran, awal tahun depan.

Ketika ditanya mengenai punca kelewatan projek Mazlan berkata, antara lain ia diakibatkan oleh masalah teknikal yang di luar bidang kuasa pihaknya.

Mazlan turut memaklumkan, kerajaan menyediakan peruntukan tambahan RM1.9 juta bagi kerja menyiapkan projek terbengkalai itu yang diluluskan awal tahun ini.

“Kerja menyiapkan projek berkenaan dimulakan Ogos lalu oleh lima kontraktor dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang dan secara keseluruhan, projek itu membabitkan kos berjumlah RM11.9 juta,” katanya.

Dalam perkembangan lain Mazlan berkata, tindakan polis merakam keterangan ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman adalah prosedur biasa bagi melengkapkan siasatan.

“Laporan polis tu ada, jadi kita jalankan siasatan biasalah, lepas siasatan kita rujuk kepada pihak AGC (Pejabat Peguam Negara).

“Saya tidak mahu komen lebih sebab ini adalah kerana apabila adanya laporan polis dan kita rasa ada keperluan untuk menjalankan siasatan, kita buatlah siasatan. Ini baru siasatan, belum ambil tindakan lagi,” katanya.

Mazlan berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan polis mengambil keterangan Mohd Azis susulan ucapan dibuat ahli Parlimen itu ketika membahaskan usul Bajet 2022 di Dewan Rakyat.

Ketua Wira Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu dalam sidang media di lobi Parlimen pada Selasa lalu mendakwa, beliau diminta memberi keterangan kira-kira satu jam oleh pihak polis selepas membangkitkan mengenai isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pengagihan peruntukan kerajaan terhadap Sabah pada perbahasan Bajet 2022 dua minggu lalu. - Getaran, 25 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad