web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JBPM Kaji Tubuh MOCSAR Di Cameron Highlands

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2021 10:00PM

Anggota bomba dibantu para penduduk kampung melakukan kerja pemotongan dan mengalihkan pokok yang tumbang di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley pagi tadi. - Gambar Bernama


Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bercadang mewujudkan pasukan khusus bagi melaksanakan misi mencari dan menyelamat di kawasan Cameron Highlands, Pahang susulan kekerapan insiden tanah runtuh di kawasan pelancongan itu.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata pihaknya sedang melakukan kajian keperluan menubuhkan pasukan yang dikenali sebagai Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (MOCSAR), di kawasan tanah tinggi berkenaan dengan melantik orang tempatan.

Beliau berkata MOCSAR sudah diwujudkan di Gunung Kinabalu, Sabah dan pasukan sama turut dalam kajian untuk dikembangkan antaranya di Kuala Tahan, Pahang; Gunung Trong, Kelantan; Miri, Sarawak serta beberapa kawasan di Perak.

“Kita sedang melihat keperluan melantik individu yang terdiri daripada orang tempatan dan diberi latihan serta disediakan peralatan termasuk kelengkapan perlindungan diri (PPE).

“Mereka akan menjadi ‘responder’ pada peringkat awal sementara menunggu pihak bomba tiba di lokasi kejadian bencana,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2020 JBPM Perak bersama Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara, di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun Cameron Highlands sudah mempunyai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), MOCSAR diperlukan di kawasan yang sukar untuk sampai dalam masa yang cepat dan memerlukan penduduk tempatan membantu melaksanakan tindakan awal.

Semalam, seorang lelaki cedera manakala tiga rakannya terselamat selepas kereta dinaiki mereka, dihempap pokok tumbang akibat tanah runtuh di Tanah Rata, Cameron Highlands.

Hujan lebat yang berlarutan hampir dua jam di pusat peranginan tanah tinggi itu menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa kawasan di sekitar Tanah Rata dan Ringlet. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar