web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hero Kebersihan Main Peranan Bantu Jaga Alam Sekitar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2021 8:13PM

Abd Rahim (kiri) bersama Sharudin ketika melancarkan Kempen ‘Berani Tegur’ di sini, hari ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Rasa tanggungjawab mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan alam sekitar tidak hanya terletak di bahu pihak tertentu, tetapi memerlukan kerjasama individu dan setiap anggota masyarakat.

Sejajar dengan Dasar Kebersihan Negara diumumkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tahun lalu, kempen ‘Berani Tegur’ peringkat negeri dilancarkan hari ini, sekali gus menjadikan Pahang sebagai negeri pertama melaksanakan kempen berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda berkata, penglibatan setiap individu dan masyarakat sangat diperlukan bagi memastikan kempen terbabit mencapai sasaran ditetapkan.

“Kempen ini lebih kepada menimbulkan rasa tanggung jawab dalam kalangan individu dan masyarakat, menjadikan mereka lebih berani untuk menegur apabila ternampak aktiviti pembuangan sampah yang menyalahi peraturan.

“Mereka ini kita anggap sebagai ‘Hero Kebersihan’ yang bukan sahaja berani menegur, tetapi turut berperanan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa, termasuklah kepada pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) jika ternampak sebarang aktiviti mencurigakan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan kempen berkenaan di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah SWCorp negeri, Sharudin Hamid.

Abd Rahim turut memberi peringatan kepada mana-mana pihak supaya jangan melakukan kesalahan membabitkan aktiviti pelupusan atau pembuangan sampah secara tidak sistematik, bagi mengelakkan tindakan undang-undang, termasuk didakwa di mahkamah.

Katanya, sebanyak sembilan kes pembuangan sampah haram sudah dibawa ke mahkamah dan didakwa mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 71 Akta 672.

“Lapan daripadanya sudah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan, manakala satu kes di Mahkamah Sesyen Raub.

“Daripada semua kes itu, tujuh kes sudah dijatuhkan hukuman dengan jumlah keseluruhan denda sebanyak RM100,000 dan SWCorp juga mempunyai satu lagi kes yang dijadualkan disebut semula pada Mac tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Sharudin berkata, pihak SWCorp negeri sudah mengambil semua langkah sewajarnya bagi mengekang penularan kes pembuangan sampah haram daripada terus berlaku hingga menjejaskan alam sekitar.

“Usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak, bukan SWCorp sahaja, tapi turut dibantu agensi lain dan paling utama ialah kesedaran masyarakat.

“Kita kena akui ia bukan tugas mudah, jadi kita buat kempen dan lancarkan hari ini dengan harapan pihak komuniti setempat dapat bersama-sama dalam usaha menjaga kebersihan dan melestarikan alam sekitar,” katanya. - Getaran, 23 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad