web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kumpulan Pertama Vaksin Astrazeneca Tiba Suku Ke-2 Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2021 8:24AM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kumpulan pertama penghantaran vaksin COVID-19 AstraZeneca ke Malaysia dijangka tiba pada suku kedua tahun ini, demikian menurut sebuah syarikat farmaseutikal.

Presiden AstraZeneca bagi Malaysia Dr Sanjeev Panchal berkata syarikat itu akan terus memenuhi komitmennya dalam menyediakan akses yang meluas dan saksama tanpa keuntungan

"Kami menjalin kerjasama rapat dengan kerajaan Malaysia untuk membantu membendung pandemik itu bagi membolehkan rakyat kembali hidup seperti biasa dan membuka laluan ke arah pemulihan ekonomi negara," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hari ini, Vaksin COVID-19 AstraZeneca (AZD1222) telah diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat di Malaysia oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi imunisasi aktif individu berusia 18 tahun dan ke atas bagi mencegah COVID-19.

Dr Sanjeev berkata kelulusan itu menandakan satu lagi pencapaian penting susulan perjanjian bersejarah dengan kerajaan Malaysia bagi membekalkan sejumlah 6.4 juta dos Vaksin COVID-19 AstraZeneca kepada jutaan rakyat di negara ini.

Beliau berkata kelulusan itu diberikan berdasarkan penyerahan yang merangkumi keputusan analisis interim program Fasa 3 yang dikendalikan Universiti Oxford dan diterbitkan dalam The Lancet pada 8 Dis tahun lepas.

Katanya kebenaran Malaysia adalah bagi dua regimen dos standard Vaksin COVID-19 AstraZeneca yang menunjukkan ujian klinikal mampu bertoleransi dan berkesan dalam mencegah gejala COVID-19 tanpa kes teruk dan dimasukkan ke hospital melebihi tempoh 14 hari selepas dos kedua.

"Hari ini adalah hari yang kita nanti-nantikan... pendaftaran bersyarat ini akan memberikan akses untuk jutaan rakyat Malaysia kepada vaksin AstraZeneca yang berkesan, bertoleransi dan mudah digunakan sebaik sahaja bekalan boleh didapati," katanya.

Dr Sanjeev berkata ujian klinikal mendapati ia adalah seratus peratus melindungi daripada penyakit yang teruk, dimasukkan ke hospital serta kematian, lebih 22 hari selepas pengambilan dos pertama yang menyaksikan setiap dos vaksin mempunyai kadar keberkesanan sebanyak 76 peratus terhadap gejala COVID-19 dalam tempoh 90 hari pertama selepas vaksinasi. 

Beliau berkata keberkesanan vaksin selepas pengambilan dos kedua lebih tinggi dalam tempoh lebih lama, mencapai 81.3 peratus dengan pengambilan dos selang 12 minggu atau lebih, dan penyelidikan turut menunjukkan bahawa ia mengurangkan jangkitan virus itu sebanyak 67 peratus. 

"Vaksin itu boleh disimpan, diangkut dan ditangani dalam keadaan suhu sejuk yang biasa (dua hingga lapan darjah Celsius/36 hingga 46 darjah Fahrenheit) bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan... ia juga senang digunakan dalam keadaan penjagaan kesihatan yang sedia ada," katanya.

Beliau berkata vaksin itu telah mendapat kebenaran untuk digunakan di negara-negara Kesatuan Eropah, United Kingdom, Argentina, Republik Dominika, El Salvador, Mexico, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, Bahrain, Oman, Mesir, Algeria, Maghribi dan benua Asia seperti India, Taiwan, Filipina, Thailand dan Vietnam. - Bernama

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 jam yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran