web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkenal Perubatan Alternatif, Calon DUN Serkam Jadi Mangsa Buli Siber

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2021 6:46PM

Norazlanshah Hazali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR HILIR - Calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam menjadi mangsa buli siber dan dituduh sebagai anti vaksin, anti mufti dan anti perubatan moden.

Merasakan imej dan reputasinya tercalar, calon terbabit, Norazlanshah Hazali membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin semalam.

Ketika ditemui Getaran, Norazlanshah yang berkelulusan dalam bidang toksikologi itu berkata serangan maya terhadapnya itu dilakukan oleh golongan pakar perubatan dalam sebuah “group Facebook.”

“Mereka yang menyerang peribadi saya ini adalah doktor-doktor yang tidak mahu perubatan alternatif berasaskan ilmu Islam diuar-uarkan.

“Mereka menuduh saya anti segala benda. Padahal, apa yang saya buat hanyalah mengajar masyarakat tentang kesan sampingan ubatan moden serta khasiat herba-herba tradisional seperti madu, mas cotek dan daun bidara,” katanya.

Menurut Norazlanshah, beliau adalah seorang pensyarah sains bio perubatan di sebuah institut pengajian tinggi di Kuantan sebelum memutuskan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

 “Segala maklumat yang saya sampaikan adalah berdasarkan kajian-kajian yang saya lakukan,” jelasnya.

Biar pun dibuli oleh segelintir warga net, Norazlanshah berkata perkara tersebut tidak melunturkan semangatnya untuk bertanding dalam PRM Melaka 20 November nanti.

“Sebagai seorang saintis Islam, saya tidak akan berputus asa.

“Ilmu yang diberikan Tuhan kepada saya ini, akan saya manfaatkan kepada masyarakat,” tegasnya.

DUN Serkam akan menyaksikan pertembungan empat penjuru yang turut membariskan calon Barisan Nasional, Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan, selain Norazlanshah sendiri. - Getaran, 14 November, 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Buli Siber: Perlu Hukuman Lebih Keras, Bela Nasib Mangsa Dan Keluarga – Saraswati

2

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Didakwa Terbabit Kes Buli Siber Pempengaruh Esha

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SKKM Perkukuh Kerjasama Dengan Polis Perangi Buli Siber

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muat Naik Video Berkaitan Esha, Ibu Buat Laporan Polis Terhadap 3 Individu

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad