web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bunuh Diri Akibat Buli Siber, Program Rakan Muda Isu Dikupas Dewan Rakyat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 8:33AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu kes bunuh diri akibat buli siber dan kejayaan program Rakan Muda antara isu yang akan dikupas pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Menurut aturan urusan mesyuarat di laman sesawang Parlimen, persoalan berhubung langkah mencegah penyalahgunaan media sosial hingga adanya kes bunuh diri dilaporkan akibat buli siber di platform TikTok, diajukan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) kepada Menteri Komunikasi dan Digital.

Sementara itu, Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) pula meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan kejayaan program Rakan Muda setakat ini dan bagaimana program itu membantu menyatupadukan masyarakat dan memerangi ekstremis berkaitan elemen 3R iaitu raja, agama dan bangsa dalam negara.

Pada sesi sama, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) pula minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan jumlah minyak masak peket bersubsidi yang dikeluarkan kementerian pada setiap bulan dan berapa jumlah diagihkan kepada golongan isi rumah B40 serta peniaga mikro.

Selain itu, persoalan mengenai syor yang dikemukakan Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai yang diwujudkan baru-baru ini dalam isu perumahan terbengkalai turut diajukan oleh Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Usai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat menyambung semula perbahasan peringkat jawatankuasa Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) yang memasuki hari terakhir melibatkan beberapa kementerian berkaitan.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, minggu ini adalah minggu akhir persidangan Dewan Rakyat yang bermula 9 Oktober lalu hingga Khamis ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Buli Siber: Perlu Hukuman Lebih Keras, Bela Nasib Mangsa Dan Keluarga – Saraswati

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad