web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Budaya Kecam Atlet Makin Membimbangkan, Perlu Ada Peraturan Khusus

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 11:41AM

Pandelela dikecam teruk kerana gagal membawa pulang pingat untuk Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Atlet negara perlu diberikan bimbingan khas untuk menjadikan mereka ‘kalis’ kecaman, selagi tidak ada undang-undang atau peraturan khusus untuk menangani situasi sedemikian.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, budaya mengecam atlet bukan perkara baharu dan ia menjadi lebih buruk akibat kewujudan media sosial, apabila setiap individu memiliki ruang untuk menyatakan pendapat sama ada berasaskan fakta atau sekadar emosi.

Syed Saddiq
Syed Saddiq

“Apabila tiba musim pertandingan di peringkat antarabangsa, atlet-atlet ini seumpama ‘pressure cooker’ yang melalui proses latihan bertahun-tahun dan berjaya tiba di medan pertandingan dengan membawa nama negara dan Jalur Gemilang.

“Namun, jika mereka tidak berjaya menggenggam pingat, terus dikecam pula. Ini merupakan tindakan yang kejam dan tak adil.

“Orang luar sana lupa bahawa atlet-atlet ini yang mengharumkan nama negara,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Sementara itu, penganalisis sukan, Rizal Hashim pula berkata, disanjung ketika menang dan dikecam akibat kekalahan sudah menjadi lumrah dalam kehidupan seorang atlet.

Rizal Hashim
Rizal Hashim

“Ada segelintir atlet menerima kritikan dan teguran sebagai pembakar semangat. Tetapi ada juga yang mudah patah semangat sekiranya dikutuk.

“Setiap atlet sama ada bertaraf dunia mahupun tidak, akan berdepan dengan cabaran sebegini kerana media sosial sudah menjadi media arus perdana.

“Mahu atau tidak, topik cabaran media ini harus dijadikan satu silibus untuk membentuk atlet berwibawa yang kental jiwa dan kaya ilmu,” ujarnya.

Katanya, sebagai seorang atlet yang menjadi ikutan peminat, mereka harus menerima hakikat bahawa tidak  semua pihak boleh berpuas hati dengan persembahan diberikan.

“Ini kitaran kehidupan yang mereka harus fahami. Make hay while the sun shines. Maafkan peluang ketika anda dijulang dan terima hakikat ketika anda dirundung malang. Bagi anggota masyarakat yang gemar menuding jari tanpa bersandarkan fakta tetapi sekadar emosi, biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Psikologi Klinikal dan Kesihatan Tingkah Laku Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Shazli Ezzat Ghazali berkata, masyarakat harus menghormati atlet dan bersikap lebih matang dalam menggunakan platform media sosial.

Dr Shazli Ezzat Ghazali
Dr Shazli Ezzat Ghazali

“Mereka khususnya netizen yang tidak begitu matang dan berfikiran terbuka untuk menerima sebarang kekalahan oleh atlet negara.

“Golongan ini, lebih beraksi menerusi emosi mereka serta mengambil kesempatan untuk bersuara di media sosial tanpa mempedulikan perasaan orang lain,” ujarnya.

Jelas beliau, sikap kritis perlu ditunjukkan dengan pandangan yang membina untuk kemajuan seseorang atlet, bukan mematahkan semangat dan kepercayaan mereka.

“Media sosial perlu digunakan dengan bijak. Budaya keterbukaan dalam bersuara tidak boleh disalah guna sehingga membawa kepada kekecewaan.

“Justeru, netizen dinasihatkan supaya menilai semula penggunaan media sosial agar ia lebih bermanfaat dan bukannya dijadikan tempat untuk menulis apa saja tanpa memikirkan kesan buruk kepada diri sendiri,” jelasnya.

Terdahulu, ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong gagal dalam usahanya untuk membawa pulang pingat dalam acara platform 10 meter (m) di temasya Sukan Komanwel 2022.

Kegagalan beliau dilihat begitu mengecewakan, sehingga dikecam netizen di media sosial.

“Kita tidak perlu mengharapkan sangat keputusan positif, sebab terbukti mentaliti juara mungkin tersasar, biarpun nama besar di lapangan. Buktinya, balik tangan kosong.

“Walaupun sering menduduki podium, berilah tumpuan muka-muka baharu pula,” kata pengguna Salehudin Bin Sidek Saleh.

“Layak dipencenkan. Faktor umur nampak berat badan Datuk bila terjun,” kata seorang lagi pengguna Kalzidah Bt Radzi di Facebook.

“Bersara sahaja Datuk sebelum banyak kegagalan berlaku selepas ini. Bak kata orang biar kita berundur dalam keadaan orang masih mengangap kita sebagai hero,” ujar seorang lagi netizen yang dikenali sebagai Misarifin Amin.

Walaubagaimanapun, kecaman netizen tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada banyak pihak yang bingkas bangun membela Pandela.

Malah Pandelela sendiri berkongsi satu ciapan di Twitter berhubung kegagalan beliau meraih sebarang pingat di temasya berprestij itu.

“Ini merupakan pengalaman keempat saya di Sukan Komanwel. Tiada pingat untuk dibawa pulang. #B2022

“Datang ke Birmingham, saya sentiasa memberikan yang terbaik kerana saya tahu betapa pentingnya acara ini untuk negara.

“Tetapi, proses pemulihan badan saya lebih perlahan daripada jangkaan sejak kembali dari Kejohanan Dunia Budapest, dan ia terus mengganggu walaupun selepas saya tiba.

“Sentiasa ingat bahawa bagaimana kita boleh membawa pengaruh positif kepada orang di sekeliling kita. Banyak kerosakan yang dilakukan kepada dunia ini dan orang ramai masih mencari jawapan. Saya hanya berharap dan berdoa agar kita dapat melakukan perkara kecil untuk membuat perubahan kepada masyarakat kita,” ujarnya menerusi ciapan itu.

Hantaran Pandelela tersebut mengundang pelbagai reaksi positif dan sokongan dari netizen.

“Tidak mengapa Datuk Lela, anda telah banyak berjasa untuk negara kami dan terima kasih kerana mewakili Malaysia di Birmingham,” kata pengguna @NurMaisarahAli4.

“Anda melakukan yang hebat. Jangan pernah kecewa kerana saya tahu anda akan kembali lebih kuat daripada,” kata pula @nurhk18. - Getaran, 15 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Buli Siber: Perlu Hukuman Lebih Keras, Bela Nasib Mangsa Dan Keluarga – Saraswati

2

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Didakwa Terbabit Kes Buli Siber Pempengaruh Esha

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SKKM Perkukuh Kerjasama Dengan Polis Perangi Buli Siber

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muat Naik Video Berkaitan Esha, Ibu Buat Laporan Polis Terhadap 3 Individu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad