web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 1,000 Kandungan Buli Siber Diturunkan MCMC Tahun Ini - Teo

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 12:27PM

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,147 kandungan buli siber dalam platform media sosial sudah diturunkan hasil kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan pengendali platform, dalam tempoh Januari hingga 15 November tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, ia merangkumi 804 kandungan di aplikasi TikTok, 195 di Facebook, tujuh di X (Twitter), selain masing-masing sembilan di Instagram dan YouTube serta 123 kandungan di lain-lain platform.

Beliau berkata, antara langkah diambil untuk mencegah penyalahgunaan media sosial adalah melalui pelbagai usaha advokasi, bertujuan memberi kesedaran mengenai penggunaan media sosial serta pendedahan risiko dan ancaman penyalahgunaan Internet, antaranya melalui inisiatif Klik Dengan Bijak (KDB) dan Sukarelawan ICT Malaysia (MIV).

“MCMC dengan kerjasama agensi penguatkuasaan dan pihak berkepentingan yang terlibat, secara berterusan menjalankan advokasi kepada pengguna melalui pelbagai platform termasuk portal  Sebenarnya.my, KDB, hebahan SMS, media sosial, siaran televisyen dan radio, bagi memupuk kesedaran dan kewaspadaan orang ramai berkenaan risiko dan modus operandi buli siber,” katanya.

Teo menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) mengenai langkah diambil untuk mencegah penyalahgunaan media sosial, sehinggakan ada kes bunuh diri dilaporkan akibat buli siber di dalam platform TikTok, pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang), sama ada MCMC diberikan kuasa menyiasat dan mendakwa kes di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan  Multimedia 1998, Teo berkata, MCMC mempunyai punca kuasa untuk melakukan siasatan.

“Namun, jika sesuatu kes siasatannya dijalankan polis, MCMC tidak akan siasat juga kerana ia pendakwaan dua kali, tetapi kalau polis tak siasat, MCMC masih ada punca kuasa untuk bertindak.

“Jika nak bawa kes disiasat ke mahkamah, kes berprofil tinggi, MCMC perlu rujuk kepada polis dan Jabatan Peguam Negara terlebih dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, 65 kes berkaitan komunikasi dibawa ke mahkamah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sejak 2018 hingga pertengahan bulan ini, manakala 876 kes sudah disiasat di bawah seksyen sama tahun ini.

Seksyen 233 akta itu memperuntukkan kesalahan bagi penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain, bagi membuat, mewujudkan, meminta-minta dan memulakan penghantaran kandungan yang lucah, sumbang, palsu, mengancam dan jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Buli Siber: Perlu Hukuman Lebih Keras, Bela Nasib Mangsa Dan Keluarga – Saraswati

2

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Didakwa Terbabit Kes Buli Siber Pempengaruh Esha

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SKKM Perkukuh Kerjasama Dengan Polis Perangi Buli Siber

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar