web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Data Peribadi Penerima Vaksin Tidak Dikongsi - Khairy

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2021 7:58AM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan data peribadi rakyat yang mendaftar untuk menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak akan didedahkan kepada syarikat pengeluar vaksin terlibat.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin menegaskan data yang mungkin akan dikongsikan dengan syarikat farmaseutikal terlibat hanyalah maklumat berkaitan kesan sampingan selepas imunisasi (AEFI) dilakukan.

"Rakyat tidak perlu risau, kita (kerajaan) tidak akan dedahkan data peribadi mereka kepada syarikat pengeluar vaksin, hanya data umum seperti AEFI akan dikongsi.

"Bagi situasi antara Pfizer-BioNTech dengan negara Israel, mereka memang sudah ada perjanjian untuk kongsi maklumat (penerima) yang terperinci… tambahan Israel negara yang lebih dahulu terima vaksin," katanya.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata demikian pada sesi sidang video program 'Sembang Vaksin' menerusi aplikasi Zoom anjuran gabungan doktor dan petugas kesihatan di Twitter atau MedTweetMY, malam ini.

Sementara itu, beliau berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) sedang berbincang dengan pihak hospital dan pengamal perubatan swasta tentang penglibatan mereka dalam Fasa 2 dan  3 PICK.

Jelasnya kedua-dua fasa itu memerlukan petugas kesihatan yang lebih ramai termasuk yang bertugas di hospital dan fasiliti kesihatan swasta bagi melaksanakan aktiviti imunisasi melibatkan jutaan penduduk di negara ini.

"Harus ditekankan, walaupun sebahagian rakyat akan menerima vaksin di hospital atau fasiliti kesihatan swasta pada Fasa 2 dan Fasa 3 PICK itu nanti, mereka tetap terima vaksin secara percuma," tegasnya.

Beliau berkata buat masa ini JKJAV menetapkan semua pembelian vaksin daripada syarikat pengeluar dan pemberian vaksin adalah menerusi kerajaan bagi menjamin kesaksamaan dalam aktiviti imunisasi kepada rakyat yang layak divaksinkan.

Katanya apabila bekalan vaksin itu tersedia untuk pasaran terbuka kelak, kerajaan akan memantau dan menetapkan harga siling bagi penggunaan di hospital swasta.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan juga sedang meneliti cadangan menggubal undang-undang  baharu berkaitan penyebaran berita palsu vaksin COVID-19 yang boleh mencetuskan kekeliruan dan ketakutan dalam kalangan rakyat.

Sementara itu,  Khairy berkata setakat 6.30 petang hari ini, seramai 15,923 individu telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 sejak Fasa 1 program itu dilaksanakan pada 24 Feb lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad