web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Arak Timah ‘Signal’ Orang Islam Harus Bersatu - PPIM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 8:02PM

Datuk Nadzim Johan di Program Minyak Petrol Percuma PPIM dan Yayasan Afdlin Shauki di Petronas Jalan Jelatek. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan sebuah syarikat tempatan menjenamakan arak dengan nama Timah adalah petunjuk bahawa umat Islam di negara ini harus bersama agar sensitiviti agama itu tidak dicabar pada masa akan datang.

Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, permuafakatan umat Islam perlu dikukuhkan bagi menghalang pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya menggunakan perwatakan atau nama yang berkait dengan Islam.

“Kalau kita nak dihormati, kita perlu lakukan perkara-perkara yang orang bukan Islam akan hormat kepada kita.

“Jadi, umat Islam harus ambil kesempatan ini untuk ubah, sedarkan dan mantapkan amalan kita di samping mewujudkan kerjasama yang baik.

“Kalau kita ada kerjasama terbaik, InsyaAllah, orang akan sokong kita. Ini tidak, sesama kita umat Islam pun nak bergaduh.

“Pada masa sama, kerajaan juga perlu mengambil perhatian khususnya Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya kepada Getaran ketika ditemui di stesen PETRONAS Jalan Jelated di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Program Minyak Petrol Percuma bersama PPIM dengan kerjasama Yayasan Afdlin Shauki (YAS).

Mengulas lanjut Nadzim berkata, perkara seumpama itu jika tidak diambil serius, akan menyebabkan status Islam sebagai agama rasmi negara mudah diperlekehkan.

Turut hadir ialah pelawak dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki serta pelakon, Ako Mustapha.

Dalam pada itu, Afdlin selaku pengasas YAS ketika mengulas perkara tersebut berkata, sensitiviti sesama kaum perlu dijaga sebaiknya oleh semua pihak.

Menurut beliau, elemen penting itu harus diberikan perhatian agar semua pihak saling memahami serta menghayati sensitiviti agama secara kolektif.

“Pada pendapat saya, sebagai seorang umat Islam, arak tidak sepatutnya diuar-uarkan kepada umum.

“Untuk bangsa lain itu terpulang kepada mereka namun bila ada libatkan bunyi-bunyi orang Melayu, mungkin mereka akan rasa (menyentuh) berkenaan sensitiviti agama.

“Kita bukannya nak halang bangsa lain kerana itu adalah hak mereka namun kita semua perlu menjaga sensitiviti antara agama dan juga kaum,” katanya.

Terdahulu, pengeluaran wiski tersebut telah dikecam hebat oleh majoriti umat Islam di negara ini, selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Ia turut menerima bantahan PAS, iaitu antara parti yang membentuk gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Minuman tersebut bukan sekadar menggunakan nama yang sinonim dengan masyarakat Islam tempatan, bahkan turut mengguna pakai imej seorang lelaki berkopiah dan berjanggut. - Getaran, 19 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

'Ya, Saya Sudah Berkahwin Semula' - Afdlin Shauki

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sedih Rakan Lama Sakit, Afdlin Doakan Vinod Segera Sembuh

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

‘High Council’: Macam Mana Boleh Bocor Dua Episod? Mungkin Strategi Pemasaran

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Wow! Giler Banyak Koleksi Barang Mainan Afdlin Shauki, Yang ‘Rare’ Pun Ada, Semua Dia Nak Jual 

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

3

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

4

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

5

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

6

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

oleh Amirah Abu Bakar