web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Ya, Saya Sudah Berkahwin Semula' - Afdlin Shauki

Jelas Afdlin Shauki, isterinya berasal dari Johor dan pernah bekerja dengannya

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2023 6:55PM

Afdlin Shauki Aksan - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti serba boleh, Datuk Afdlin Shauki Aksan akhirnya mengaku sudah menamatkan zaman duda, apabila melangsungkan perkahwinan bersama seorang wanita yang berasal dari Johor.

Mengesahkan berita baik itu kepada Getaran, beliau yang mesra membahasakan diri sebagai 'Abang' berkata, pada awalnya perkara tersebut tidak mahu digembar-gemburkan.

"Memang ada yang tahu Abang sudah berkahwin. Abang tak release bila Abang kahwin just that August is a happy month for me," katanya menerusi kiriman WhatsApp hari ini.

Pengarah dan aktor prolifik itu bagaimanapun tidak memperincikan secara lanjut butiran perkahwinan berkenaan.

Beliau terdahulu dipetik Harian Metro sebagai berkata, isterinya itu pernah dan masih bekerja dengannya.

Afdlin Shauki bersama bekas isteri dan tiga cahaya mata mereka - gambar fail
Afdlin Shauki bersama bekas isteri dan tiga cahaya mata mereka - gambar fail

Getaran pada 23 Julai tahun lalu melaporkan perceraian Afdlin dan Maria Christina Orow Abdullah, selepas 25 tahun melayari bahtera perkahwinan.

Pengumuman mengenai perpisahan yang mengejutkan banyak pihak itu dibuat Maria sendiri, menerusi hantaran di Instagram.

Katanya, perceraian itu berlaku pada April 2022, beberapa bulan sebelum menyambut ulang tahun perkahwinan ke-25.

Tidak menyalahkan mana-mana pihak, Maria memberitahu, perpisahan terjadi secara berperingkat apabila masing-masing cuba membuat keputusan untuk diri sendiri. 

“Kami berdua setuju bahawa penceraian ini tidak seharusnya menjadi kekecewaan atau pengakhiran tetapi menjadi sesuatu yang akan membuatkan masing-masing terus berkembang ke hadapan biar pun tidak lagi bersama. 

"Apa yang saya tahu, Afdlin akan terus menyokong saya sebagai sahabatnya dan teman sejiwa, jadi saya juga akan terus menyokong dia kerana dia adalah seorang yang memberi pengaruh besar dan bermakna dalam hidup saya,” katanya menerusi hantaran itu.

Tahniah diucapkan kepada Afdlin dan isteri, semoga ikatan ini sakinah, mawaddah dan warahmah. - Getaran, 24 September 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN