web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wow! Giler Banyak Koleksi Barang Mainan Afdlin Shauki, Yang ‘Rare’ Pun Ada, Semua Dia Nak Jual 

“Nih ada permainan yang ‘rare’ macam kereta Batman.  Ada Matrix Original, Lord Of The Rings, Star Wars, Samurai, DC, Marvel, Avatar, robot-robot dan macam-macam lagilah,” kata Afdlin. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 2:00PM

Afdlin Shauki - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Artis serba boleh Datuk Afdlin Shauki memang dikenali sebagai antara segelintir selebriti yang gemar mengumpul barang-barang permainan yang boleh dikategorikan sebagai ‘barangan koleksi (collectible items).  

Tetapi, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa dia adalah seorang pengumpul barangan koleksi permainan yang cukup tegar serta memiliki koleksi yang terlalu banyak sehingga ia terpaksa disimpan di dalam sebuat setor. 

Semalam, Afdlin Shauki menerusi sebuah hantaran Instagramnya telah menunjukkan koleksi-koleksi barangan permainannya yang dikumpulnya selama bertahun-tahun. Ia disimpan dengan begitu kemas dan baik di dalam kotak-kotak permainan itu sendiri.

“Assalamualaikum, saya bersama koleksi barang permainan saya. Barang mainan yang saya ‘collect’ dari awal 80-an, 90-an, sampai sekarang. Tapi, sekarang ini, saya tak ‘collect' dah. 

“Saya berfikir saya mungkin nak mula jual permainan ini untuk kumpul duit untuk yayasan sikit, pasal saya pun dah tua. 

“Nah bagi permainan yang ‘rare’. Nih Ada Matrix Original, Lord Of The Rings, Star Wars, Samurai, DC, Marvel, Avatar, robot-robot dan macam-macam lagilah. 

“Satu-satu saya akan letakkan di page saya untuk saya jual. Anda semua nak tengok ‘toys’ apa dulu. Bagitau saya akan buat,” katanya yang turut menunjukkan koleksi kereta Batman. 

Ada juga yang terkejut apabila mendapat tahu Afdlin mahu menjual kesemua ‘toys’ miliknya itu, ada juga yang berasa tidak ‘keruan’ dan terus mengambil kesempatan memberitahu koleksi permainan yang mereka ingin beli daripada Afdlin. 

Tidak kurang juga yang menyarankan supaya Afdlin menjualnya menerusi’ ebay atau ‘amazon’ kerana dia boleh mengenakan harga yang lebih mahal jika ingin mengumpul duit untuk membuka yayasannya itu. 

Yang memintanya membuka muzium barang permainan pun ada dan mengenakan tiket kepada pengunjung. 

Tapi, apabila melihat koleksi barangan permainan yang dikumpul Afdlin ini, mungkin kita semua akan mencongak, berapa agaknya duit yang dihabiskan Afdlin selama ini? Rasanya puluhan ribu ringgit ada. Sebab, barangan permainan ‘original’ seperti itu bukannya murah. 

Dan untuk pengetahuan semua juga, jika anda ingin menjadi seorang pengumpul barangan permainan seperti Afdlin, janganlah buka kotak permainan itu dan membuangnya kerana ia akan membuatkan nilai barangan koleksi yang dijual itu menjadi susut. – Getaran, 3 Januari 2023


 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

'Ya, Saya Sudah Berkahwin Semula' - Afdlin Shauki

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Sedih Rakan Lama Sakit, Afdlin Doakan Vinod Segera Sembuh

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

‘High Council’: Macam Mana Boleh Bocor Dua Episod? Mungkin Strategi Pemasaran

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Selebriti Tempatan Turut Berdebar, Tunggu Keputusan PM Baharu! 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN