web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selebriti Tempatan Turut Berdebar, Tunggu Keputusan PM Baharu! 

Beberapa selebriti seperti Michael Ang, Afdlin Shauki, Erma Fatima dan Chef Wan melahirkan pandangan berhubung isu ini. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 7:11PM

Michael Ang, Erma Fatima dan Afdlin Shauki - Gambar Instagram setiap selebriti dan gambar fail Getaran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan hanya setakat netizen sahaja yang berdebar menunggu keputusan parti manakah yang bakal membentuk kerajaan baharu. Namun, dalam kalangan selebriti tempatan, topik ini juga turut hangat diperkatakan. 

Antara selebriti tersebut adalah pengarah Michael Ang, Datuk Afdlin Shauki, Erma Fatima dan Datuk Chef Wan. Masing-masing melahirkan pandangan mereka berhubung isu ini. 

Pengarah dan pelakon Michael Ang turut memuat naik hantaran di Instagram mengenai topik ini. 

“Apa akan jadi ya kalau BN tak nak menyertai PN atau pun PH? Sebab PN dan Borneo yang sama-sama menyekat PH pun tidak cukup majoriti. Adakah kita perlu keluar mengundi balik? 

“Siapa boleh jawab sebab Google juga tidak mempunyai jawapan untuk persoalan ini?” soalnya. 

Daripada maklum balas yang diterima daripada netizen, ada yang bersetuju undian diadakan semula, ada yang mahu menyerahkan kepada Agong untuk membuat keputusan dan ada yang reda dan pasrah kerana sudah lelah dengan situasi ini.

Sementara itu, pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki pula mempertikaikan sistem Pilihanraya Malaysia.  

“Sesuatu yang tidak kena dengan sistem kita. Mungkin, okey bila hanya dua blok politik parti besar. Tapi, bila ada tiga blok besar, kemungkinan benda ni berlaku adalah tinggi (kesukaran memilih).

“Masalahnya kalau tidak ubah legistatif tentang pilihan raya, rata-rata rakyat rasa buang masa sahaja pergi mengundi. PH mempunyai 5.8 juta undian dengan 82 kerusi dan PN pula memiliki 4.7 juta undian dengan 73 kerusi. 

“Ingat tagline ini, 'rakyat memilih, bukan MP sepakat',” katanya. 

Hantaran Afdlin mendapat maklum balas daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju dengannya.

Sementara itu, Erma Fatima pula dalam hantarannya memuat naik artikel sebuah akhbar tentang mengenai situasi Malaysia yang dikatakan hebat jika PH bergabung dengan PN dan parti Sabah dan Sarawak. 

Erma bagaimanapun dalam kapsyennya mempersoalkan perkara itu. 

“Yer ke? Tapi PN tak nk PH.  Sarawak tak nak PH, bagaimana? BN nak PH tak agaknya? Berdebar tunggu…,” katannya. 

Hantarannya itu mendapat maklum balas yang ramai daripada netizen. Rata-rata mahu BN dan PN bersatu dan menolak PH. 

Cef selebriti, Datuk Chef Wan pula menyatakan kekecewaannya dengan situasi Pilihan Raya Malaysia. 

“PH menewaskan PN dengan 1.2 juta undian popular. Jika PH tidak berpeluang untuk menubuhkan kerajaan, maka mandat rakyat telah dirompak semula. 

“Kuasa sebenar kerajaan terletak di tangan pengundi. Bukan parti atau calon yang menang. Oleh itu, pengundi perlu diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan,” katanya.

Hantaran Chef Wan di Instagramnya itu menerima maklum balas tertinggi dan rata-rata pengikutnya di media sosialnya itu menyokong pendapatnya.  – Getaran, 21 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Politik 1 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

2

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 2 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 2 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN