web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sedih Rakan Lama Sakit, Afdlin Doakan Vinod Segera Sembuh

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2023 12:00PM

Afdlin Shauki Aksan - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Pengarah dan aktor prolifik, Datuk Adflin Shauki Aksan melahirkan harapan agar sahabat baiknya, Datuk Vinod Sekhar kembali sembuh.

Dalam satu hantaran di Instagram, Afdlin memberitahu beliau kini berada di Chennai, India bagi melawat Vinod yang sedang menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan.

Kongsinya, Vinod yang juga seorang ahli perniagaan terkemuka bakal menjalani pembedahan pemindahan jantung.

“Berada di Chennai melawat kawan lama saya Datuk Vinod Sekhar. Secara jujurnya dia kelihatan lemah. 

“Saya mengenali beliau kali pertama masa saya berumur 19 tahun apabila membuat kerja amal untuk membantu mereka yang susah dgn NGO beliau dahulu Malaysiana Muda. Dia berada di Chennai untuk operasi MENUKAR jantungnya yang sudah sangat lemah,” katanya.

Jelas Ketua Eksekutif Petra Media itu, Vinod yang juga Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petra Group, terdahulu rebah di dalam tandas akibat tekanan darahnya terlalu rendah.

Afdlin Shauki kini berada di India bagi melawat sahabatnya, Vinod Sekhar yang sedang menjalani rawatan di sana - gambar Instagram
Afdlin Shauki kini berada di India bagi melawat sahabatnya, Vinod Sekhar yang sedang menjalani rawatan di sana - gambar Instagram

“Keluarga beliau sangat tertekan kerana pada bila-bila masa sahaja sesuatu yang tak diingini boleh berlaku. Kesian isteri dia. 

“Saya mendoakan yang beliau selamat segalanya dalam pembedahan penukaran jantungnya. All the best my brother. Aku tak boleh bayangkan kalau aku kena tukar jantung. Pasal untuk dia ada peluang untuk hidup, seseorang perlu mati. Tak boleh brain wei,” katanya.

Sekadar info, Petra Group adalah  induk yang menaungi Petra News, iaitu bumbung memayungi portal Getaran dan The Vibes.

Semoga Datuk Vinod diberi kesembuhan segera dan segala prosedur perubatan yang perlu dilalui berjalan lancar! - Getaran, 16 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 23 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN