web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRN Melaka: KKM Terima Apa Sahaja Keputusan Jemaah Menteri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 9:53PM

Khairy Jamaluddin beramah mesra dengan orang ramai ketika membuat lawatan di Hospital Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan pendirian berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam Mesyuarat Kabinet yang berlangsung esok.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, KKM sudah memaklumkan pendirian mengenai PRN itu dalam Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik semalam.

“Kita akan bincang sekali lagi dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok. Ini bukan sahaja melibatkan faktor kesihatan tetapi soal perundangan dan Perlembagaan.

“Kita ambil maklum apa sahaja keputusan Jemaah Menteri dan KKM akan sediakan apa sahaja prosedur operasi standard (SOP) yang diperlukan jika ia diteruskan.

“Kalau tidak diteruskan, kita ada masa lagi untuk menunggu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi di Hospital Kuala Lumpur, petang tadi.

Kemelut politik Melaka tercetus selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan mengumumkan hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Situasi itu menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan mulai Selasa dalam usaha menyelesaikan konflik terbabit. - Getaran, 7 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

4

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad