web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ujian Saringan COVID-19 Pelajar Hanya Guna Saliva Kerana Lebih Selamat - KPM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 3:17PM

Para pelajar akan dibekalkan dengan kit ujian kendiri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan pelajar sekolah berasrama penuh akan menjalani ujian saringan COVID-19 sebanyak tiga kali dalam tempoh dua minggu.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pelajar itu akan menerima kit ujian kendiri untuk saringan berkenaan pada hari pendaftaran, hari keenam dan hari ke-14.

Katanya, ujian saringan kepada pelajar sekolah harian pula akan dijalankan apabila mereka menunjukkan gejala virus itu, bagi memastikan sama ada mereka mengalami jangkitan atau sebaliknya.

“Kalau pelajar sampai sekolah nampak sihat, tetapi kemudian ada gejala, kita kena bagi kit ujian saringan dan sekolah akan asingkan mereka sebelum kita mengambil tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Sharif mengenai keperluan untuk KPM memberikan kit ujian kendiri secara berkala atau seminggu sekali kepada pelajar dalam usaha membendung penularan jangkitan COVID-19, di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas mengenai tindakan akan diambil KPM sekiranya terdapat kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar, Radzi berkata, perkara itu akan dirujuk terlebih dahulu kepada pejabat kesihatan daerah.

“Saya sudah berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan kami bersetuju jika ada kes, kita akan rujuk kepada pejabat kesihatan daerah untuk mendapatkan nasihat berhubung ketetapan boleh diambil,” katanya.

Radzi berkata, KPM juga hanya mempertimbangkan ujian saringan COVID-19 yang dijalankan dengan menggunakan air liur kerana kaedah itu lebih mudah dan selamat untuk pelajar.

Selain itu, jelasnya, KPM mengemukakan permohonan untuk melaksanakan perolehan stok kit ujian kendiri itu secara rundingan terus pada 9 Ogos lalu, membabitkan nilai kontrak keseluruhan berjumlah RM9.72 juta.

Usaha itu, katanya, berdasarkan keperluan jumlah stok tinggi, iaitu sebanyak 800,000 unit kit ujian kendiri yang perlu dihantar segera ke 140 pejabat pendidikan daerah (PPD) dan jabatan pendidikan negeri (JPN) di seluruh negara.

“Penghantaran kit ujian kendiri itu sudah dibuat syarikat pembekal ke semua PPD dan JPN berkenaan pada 25 September lalu untuk digunakan ketika sesi sekolah pada Oktober sehingga Disember ini,” katanya. - Getaran, 7 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar