web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Takut Ditangkap, Harta Disita Punca Mangsa Diperdaya Macau Scam

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2021 8:15AM

Zainuddin Yaacob

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Tidak pernah terdedah terhadap situasi sehingga boleh menyebabkan mereka ditangkap dan harta disita antara faktor utama mangsa diperdaya dengan mudah oleh ‘dongeng’ yang disampaikan scammer.

Selain itu, perasaan takut terhadap ugutan yang diterima melalui panggilan telefon, kononnya daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sebagainya meningkatkan lagi kemungkinan mangsa untukterpengaruh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Zainuddin Yaacob berkata,  golongan yang kerap menjadi mangsa adalah warga emas yang kurang pengetahuan terhadap modus operandi scammer.

Beliau berkata, apabila mangsa mendapat panggilan bersifat ugutan daripada scammer mengenai kemungkinan harta benda akan dirampas, ia memberikan mereka tekanan sehingga menyebabkan segala arahan yang diterima dituruti tanpa sebarang persoalan.

"Apabila mereka diugut akan ditangkap, dikurung dan harta benda disita, timbul rasa takut , membuatkan mangsa akhirnya terpedaya dengan semua penipuan itu.

"Berbeza pula dengan golongan yang hidup susah, kesukaran dilalui itu membuatkan mereka sukar untuk diperdaya,” katanya kepada Getaran baru-baru ini.

Menurut Zainuddin, modus operandi yang menggunakan identiti pihak berkuasa ini kebiasaannya digunakan oleh sindiket Macau Scam, yang pada tahun 2019 hingga 2020 saja mengaut hasil penipuan mencecah RM300 juta.

Berdasarkan kajian JSJK, sindiket Macau Scam akan menghubungi mangsa secara rawak namun maklumat yang diperoleh berkaitan mangsa adalah menerusi perbualan telefon.

Zainuddin berkata, maklumat berkaitan mangsa selalunya dibocorkan oleh mangsa sendiri secara tidak sedar ketika ‘disiasat’ oleh scammer.

"Sebagai contoh,  maklumat peribadi itu diperoleh ketika mangsa menerima panggilan sindiket yang menyamar sebagai anggota LHDN, dan memberitahu akan diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

"Di situ ada unsur gertak dan ugutan supaya mangsa tidak menipu ketika memberikan maklumat dan menyebabkan mereka takut, lantas terus menuruti arahan scammer sehingga melibatkan transaksi yang mencecah ratusan ribu ringgit,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, ‘soal siasat’ yang dijalankan scammer menerusi panggilan telefon menambahkan lagi ketakutan mangsa yang merasakan benar-benar sedang disiasat pihak berkuasa.

"Itulah yang berlaku selalunya. Apabila ditanya nama penuh dan details kepada kononnya polis, takkan nak tipu kan? Jadi itu yang membuatkan mereka mendedahkan butiran selengkapnya,” katanya lagi.

Berdasarkan statistik JSJK, penipuan Macau Scam mencatatkan 2,466 kes sepanjang 2019, membabitkan kerugian berjumlah RM121,855,100.

Jumlah kerugian itu terus meningkat kepada RM172,676,943 tahun lalu, menerusi 2,244 kes yang dilaporkan oleh mangsa.

Sementara itu, seramai 866 individu ditahan sepanjang 2019 membabitkan penipuan Macau Scam dan meningkat kepada 1,078 tangkapan pada tahun berikutnya. – Getaran, 25 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Operator Kilang Rugi Lebih RM70,000 Diperdaya 'Parcel Scam'

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Tembak Pulau Ketam: Suspek Tanya Tentang Bot, Cuba Lari Ke Negara Jiran

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Wanita Warga Emas Disyaki Curi Wang Majlis Kahwin Direman 4 Hari

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tak Puas Hati Kena Tarik, Wanita Nekad Bakar Motosikal

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad