Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tasik Perdana Meriah, Warga Kota Tak Lepas Peluang Beriadah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2021 6:06PM

Taman Botani Perdana Kuala Lumpur

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan mengumumkan bahawa Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya beralih ke Fasa Tiga, berkuat kuasa Jumaat lalu menerima sambutan baik majoriti penduduk, yang menganggap ia sebagai khabar gembira paling dinantikan.

Tinjauan Getaran di Taman Botani Perdana KL, pada minggu pertama Fasa Tiga di sekitar kawasan ibu kota hari ini mendapati, sebahagian besar warga kota menggunakan kesempatan itu untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi.

Pelbagai peringkat usia, daripada kanak-kanak sehingga warga emas mula menyibukkan diri dengan aktiviti sihat termasuk joging, berbasikal dan bermain kasut roda, malah ada yang bermain badminton bersama anak-anak.

Penolong Pegawai Pertanian, Taman Botani Perdana KL, Suhaila Mohd Sani, 44, ketika ditemui Getaran berkata, sambutan pengunjung amat menggalakkan, namun, dalam kesibukan dan kemeriahan suasana tersebut, timbul kerisauan sekiranya ada individu yang mengingkari prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan (KKM).

Suhaila Mohd Sani
Suhaila Mohd Sani

“Kami menyambut baik pengumuman kerajaan dengan memberikan kebenaran untuk membuka semua taman rekreasi serta tempat beriadah, tetapi dalam masa yang sama saya lihat masih ada lagi segelintir individu yang masih tidak mematuhi SOP.

“Ada juga maklumat yang kami terima mengatakan, ada individu yang belum lengkap divaksin masih berdegil datang membawa keluarga,” katanya kepada Getaran.

Jelas Suhaila, pengurusan Tasik Perdana di bawah Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi DBKL telah menempatkan seramai 20 anggota untuk ditugaskan menjaga kawasan berkenaan.

“Kami di DBKL juga telah bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi memastikan semua pengunjung yang datang tidak melanggar SOP.

“Setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat kepada mereka yang melanggar SOP, kerana pihak polis akan berikan amaran terlebih dahulu, dan rata-rata pengunjung tetap akur apabila ditegur,” ujarnya.

Sementara itu, pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Elmi Alif, 35, berkata dia mengambil kesempatan terhadap kelonggaran merentas daerah yang diberikan dengan membawa anak-anaknya beriadah.

Elmi Alif
Elmi Alif

“Apabila kerajaan sudah benarkan rentas daerah, saya terus membawa anak-anak ke Tasik Perdana kerana dari dulu saya memang suka ke sini untuk beriadah.

“Anak-anak paling gembira apabila diberitahu mahu ke mari kerana mereka juga sudah terlalu lama berada di rumah dan sibuk dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Pekerja swasta, Iqbal Syahani, 32, pula berkata, majoriti pengunjung dilihat masih mematuhi SOP walaupun tempat rekreasi itu semakin dibanjiri warga kota.

“Walaupun ramai ke sini untuk beriadah bersama keluarga bagi meringankan tekanan akibat terlalu lama berada di rumah, saya harap orang ramai tetap patuh pada SOP demi keselamatan bersama.

“Kami sendiri cuba menjaga jarak dari pengunjung lain. Walaupun kami tahu, ibu bapa lain semua sudah melengkapkan dos vaksin, tetapi keselamatan anak tetap perlu dijaga.

“Macam saya, anak pun masih kecil, tapi kena pandai-pandai jaga diri dan keluarga masing-masing,” katanya, gembira.

Iqbal Syahani
Iqbal Syahani

Bapa muda itu mengakui, mereka sekeluarga amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan dan tidak sabar menantikan peluang merentas negeri sebaik sahaja kadar vaksinasi mencecah 90 peratus.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan berkata, peralihan fasa dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh KKM dan MKN.

Peralihan tersebut turut melibatkan Melaka dari Fasa Dua ke Fasa Tiga manakala Fasa Pertama ke Fasa Dua untuk Kedah, juga berkuat kuasa pada 1 Oktober. - Getaran, 3 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Ke Batam Mampu Rancakkan Sektor Pelancongan Malaysia - Indonesia

3

Muzik 3 bulan yang lalu

The Rose, Kumpulan K-indie Singgah Di Malaysia Sempena Konsert Dawn To Dusk  

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Bunuh Peniaga Buah, 13 Warga Asing Ditahan

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki

Politik 10 jam yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen