web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahu Berkulit Putih, Wanita Merana Diperdaya Perawat Kecantikan Palsu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 8:56PM

Shafien berkata wanita 20-an itu menghabiskan RM95,000 bagi menjalani rawatan kecantikan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Gara-gara mahu mendapatkan kulit yang cerah, seorang ahli perniagaan wanita bukan sahaja kehabisan berpuluh ribu ringgit, tetapi turut menderita penyakit buah pinggang.

Wanita berusia 20-an itu menghabiskan RM95,000 bagi menjalani dua jenis rawatan kecantikan, dikenali sebagai ‘face jab’ dan ‘dripping’.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan daripada mangsa yang juga ahli perniagaan di Tumpat.

Katanya, pada Ogos tahun lalu, mangsa ditawarkan oleh seorang wanita iaitu saudaranya sendiri yang mendakwa mempunyai kelayakan dan pengalaman untuk menjalankan rawatan pemutihan kulit.

Suspek katanya, turut mendakwa dia berkhidmat di sebuah pusat rawatan kecantikan terkemuka di ibu negara.

“Dalam tempoh dua bulan tahun ini, mangsa menjalani 17 rawatan di rumah suspek yang mendakwa memiliki sijil kelayakan dan mendapatkan ubat-ubatan dari pusat dia bekerja.

“Sepanjang tempoh itu, mangsa membuat beberapa bayaran kepada suspek dengan jumlah keseluruhan RM95,000 bagi mendapatkan dua jenis rawatan iaitu ‘face jab’ dan ‘dripping’,” katanya di sini.

Menurut Shafien, mangsa pada Mac lalu mengalami masalah kulit yang teruk dan dimaklumkan telah diberi rawatan kecantikan yang salah.

“Pusat perubatan yang merawat mangsa juga memberitahu, dia kini berdepan risiko penyakit buah pinggang, kesan daripada rawatan kecantikan yang diambil,” katanya.

Shafien berkata, mangsa yang tidak berpuas hati kemudian menghubungi pusat rawatan kecantikan berkenaan, tetapi dimaklumkan bahawa suspek bukan petugas kecantikan itu.

Jelas beliau, mangsa juga dimaklumkan bahawa pusat rawatan tersebut tidak pernah membenarkan petugas memberikan rawatan kecantikan di luar premis.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis kerana mengesyaki ditipu suspek. Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu dengan jalan samaran.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

Susulan kejadian, Shafien turut  mengingatkan masyarakat supaya berhati-hati termasuk membuat semakan terperinci, sebelum mendapatkan apa-apa jenis perkhidmatan rawatan dan tidak sewenang-wenangnya mempercayai sebarang dakwaan termasuk daripada individu dikenali. - Getaran, 29 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

3

Semasa 2 tahun yang lalu

JSJK Perak Tahan 11 Suspek Sindiket Penipuan Di Sebuah Hotel

4

Gaya 2 tahun yang lalu

5 Kegunaan Cuka Epal Dalam Rutin Kecantikan Anda

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad