web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hilang 8 Hari, Rupanya Sudah Mati Seminggu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 9:40PM

Kenderaan yang dinaiki oleh L. Hemavathi ditemui terbabas di dalam semak di tepi Jalan Batu Puteh, menuju ke Sungai Kob, Kulim, pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Selepas hilang selama lapan hari, seorang wanita ditemui dalam keadaan menyayat hati, apabila dipercayai telah meninggal dunia lebih seminggu lalu akibat terbabit dalam kemalangan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Sazalee Adam berkata, mayat mangsa, L. Hemavathi, 43, ditemui oleh sepasukan anggota polis bersama beberapa ahli keluarga mangsa yang membuat pencarian di Jalan Batu Puteh, menuju ke Sungai Kob dekat sini kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Katanya, mayat mangsa ditemui terperangkap dalam kereta Honda Jazz miliknya yang terbalik dalam parit besar dan dikelilingi semak-samun.

"Kereta mangsa dipercayai terbabas lalu terjunam masuk ke dalam parit yang terlindung daripada pandangan. Tiada kesan brek atas jalan manakala kereta remuk teruk, terutamanya di bahagian bumbung dan depan.

"Dengan bantuan bomba, kenderaan itu berjaya dibuka. Mayat didapati telah berbau dengan tempoh kematian dianggarkan melebihi tujuh hari," katanya kepada media di sini, hari ini.

Menurut Sazalee, mangsa yang telah kematian suami pada 2008 dan tidak mempunyai anak, dilaporkan hilang pada 16 September lalu setelah keluar untuk ke kuil kira-kira jam 8 pagi.

"Kecederaan mangsa tidak dapat dipastikan secara kasar kerana rupa fizikalnya telah terjejas. Barang kemas miliknya iaitu rantai leher, rantai tangan, cincin dan pakaian asal, masih berada padanya seperti ketika dia dilaporkan keluar dari rumah di Kampung Banggol Penyengat, Karangan pada 16 September lalu.

"Pemeriksaan awal mendapati mangsa tidak memakai tali pinggang keledar manakala 'air bag' pula berfungsi. Kerosakan kereta setakat ini dipercayai kerana terbabas manakala siasatan teknikal lain akan diteruskan di  Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom)," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sungai Petani untuk bedah siasat. - Getaran 24 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Jelajah 2 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar