web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langkawi Sepi, Undang Sebak Di Hati

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 4:39PM

Keadaan di Pantai Cenang yang sunyi meskipun fasa gelembung pelancongan di Langkawi dibuka sejak 16 September lalu. - Gambar ihsan Shanty Nur Shaffizan Shafee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Saat kakinya memijak Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, hati dihambat sayu, sedih melihat keriuhan yang satu ketika dahulu mewarnai suasana kini sirna sepenuhnya.

Lapangan terbang yang biasanya padat dengan pelancong, sama ada tempatan atau antarabangsa itu lengang dan sepi tanpa deretan kedai memenuhi ruang.

Perunding insurans, Shanty Nur Shaffizan Shafee, 41 yang mengunjungi pulau lagenda tersebut baru-baru ini mengakui, hatinya dihambat kesedihan bukan kepalang apabila melihat bumi Mahsuri itu kosong tanpa penghuni.

Bagai dilanggar garuda, ibu kepada enam cahaya mata itu berkata, sukar untuk dibayangkan bagaimana kemasyhuran Langkawi luput ditelan virus tidak bermata yang kini melata di seluruh dunia.

“Kedatangan saya dan suami, Abdul Aziz Amri, 36 di Langkawi disambut sahabat lama, Anuar Abu yang sudah berkelana di pulau itu sejak 25 tahun lalu.

“Dari raut wajahnya, memang jelas terpancar kegembiraan, mungkin kerana kami antara pelancong pertama ditemui selepas sekian lama menanti,” katanya kepada Getaran.

Shanty Nur Shaffizan dan Abdul Aziz (kanan sekali)
Shanty Nur Shaffizan dan Abdul Aziz (kanan sekali)

Memilih untuk menginap di Casa Del Mar di Pantai Cenang selama tiga malam, Shanty mengakui dia dan suami seakan terpana, apabila kawasan paling ‘havoc’ di Langkawi itu sunyi seperti perkuburan.

Katanya, tiada lagi deretan kedai pelbagai jenis menggamit kunjungan pelanggan atau sapaan peniaga yang riuh mengajak pelancong singgah membeli barangan mereka.

“Pantai Cenang memang pilihan kami jika datang sebelum ini. Bagi saya, semua fasilitinya lengkap, dari kedai makan, kiosk beli belah, spa, kedai buku, chalet mahupun akuarium di Underwater World, semuanya ada.

“Namun kedatangan kami kali ini benar-benar berbeza. Pandemik menjadikan Langkawi seperti dilanggar garuda. Ada resort dan chalet yang sudah tidak beroperasi. Kedai-kedai makan banyak ditinggalkan dan ada juga perniagaan yang muflis manakala motosikal sewa hanya tinggal rangka,” katanya, sebak.

Shanty memberitahu, dia dan suami menyewa motosikal pada kadar harga RM30 sehari untuk memudahkan pergerakan.

“Kami susuri setiap ceruk Langkawi. Dari Cenang ke Kuah melalui Bukit Malut, kemudian menyelusuri Ayer Hangat , Ulu Melaka (Makam Mahsuri), Pantai Kok sehingga tiba semula di Pantai Cenang.

“Ini semua adalah laluan yang dahulunya padat dengan pelbagai aktiviti pelancong, tetapi kini ia hanya dihiasi penduduk tempatan melakukan urusan seharian,” katanya.

Keadaan Pantai Batu Hitam juga sunyi, tiada kelibat pelancong di kawasan berkenaan.
Keadaan Pantai Batu Hitam juga sunyi, tiada kelibat pelancong di kawasan berkenaan.

Rintihan penduduk jelas Shanty, menambah kesedihan apabila majoriti mengakui, COVID-19 melempar hidup mereka ke jurang derita.

“Sempat kami berbual dengan mereka. Kata penduduk, ketika kerajaan menyarankan semua pihak mengambil suntikan vaksin COVID-19, tiada pihak yang membantah kerana menyedari, ia adalah satu-satunya cara untuk membangunkan semula ekonomi di pulau tersebut.

“Penduduk juga meluahkan rasa sedih apabila ada mulut lancang mendoakan mereka supaya dijangkiti COVID-19 hanya kerana pulau telah dibuka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Shanty turut menyarankan prosedur perjalanan ditambah baik pihak berkuasa kerana susunan yang agak mengelirukan.

“Macam kami, tempahan ke Langkawi dibuat sebaik sahaja kerajaan mengumumkan mengenai pembukaan gelembung pelancongan ke pulau tersebut berkuatkuasa 16 September.

“Setibanya di lapangan terbang, kami diminta oleh polis bantuan bertugas untuk menunjukkan keputusan ujian saringan dan aplikasi MySejahtera, sebelum dibenarkan memasuki premis tersebut.

“Pemeriksaan kedua adalah ketika beratur di kaunter pemeriksaan masuk, sebelum emel kami diperiksa dan dibenarkan melanjutkan perjalanan ke kaunter bagasi,” katanya.

Setibanya di kaunter menurunkan bagasi jelas beliau, berlaku kekeliruan apabila petugas meminta mereka pengesahan rasmi doktor sebagai bukti kedua-duanya bebas daripada jangkitan COVID-19.

“Apabila dijelaskan bahawa kami mengambil ujian kendiri di rumah, petugas memaklumkan bahawa ia tidak diterima dan mengarahkan kami berdua untuk sekali lagi menjalani ujian di Anjung Tinjau,” katanya.

Kit ujian itu jelas Shanty, perlu dibeli pada harga RM19.90 dan penumpang harus menunggu selama 15 minit sebelum slip keputusan rasmi dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Hanya selepas menerima slip itu baru kami dibenarkan untuk masuk ke balai berlepas,” katanya.

Ditanya mengenai potensi untuk Langkawi kembali pulih seperti asal, Shanty berkata itu bukan mustahil, namun orang ramai harus sentiasa diingatkan untuk mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) diteruskan.

“Suka atau tidak, kita tidak mungkin mahu dikurung selamanya. Apa yang harus dilakukan adalah menerima hakikat bahawa COVID-19 sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Yang penting, jaga SOP dan amalkan kawalan kendiri sepanjang percutian,” katanya. – Getaran, 24 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Jelajah 2 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad