web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Industri Pawagam Kian Parah, Kerajaan Diminta Timbang Pembukaan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2021 1:46PM

Gambar dari Cinema Online

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Kerajaan diminta menimbangkan semula pembukaan pawagam, bagi mengatasi krisis industri ini yang kian parah.

Menurut Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE), arahan penutupan premis berkenaan memaksa semua rangkaian pawagam ditutup di seluruh negara, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac tahun lalu.

Pengerusinya, Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Ghazali Datuk Mohd Seth berkata, arahan berkenaan menyebabkan industri terbabit mencatatkan kerugian lebih RM500 juta.

“Arahan diberikan itu membuatkan industri pawagam yang merekodkan kerugian sehingga 90 peratus terus lumpuh,” katanya di sini.

Industri berkenaan sebelum ini menyumbang lebih RM1.08 bilion kepada pendapatan negara, termasuk RM250 juta duti cukai hiburan.

“Sektor ini tidak mampu untuk menanggung penutupan lebih lama kerana ia pasti akan lumpuh, sekali gus menjejaskan keseluruhan rantaian pekerja dan bekalan,” katanya.

Beliau berkata, kebenaran beroperasi yang diberikan ke atas sejumlah perniagaan secara tidak langsung mewujudkan jurang perbezaan agak ketara dan menimbulkan persoalan ramai.

“Kebenaran untuk perniagaan seperti spa, gimnasium, kasino dan pusat memancing ini menimbulkan tanda tanya kerana jika mereka boleh beroperasi, mengapa tidak pawagam,” katanya.

Pelaksanaan PKP jelas Mohd Ghazali, memberi impak besar bukan sahaja ke atas individu kerana kehilangan pekerjaan, tetapi turut membawa kepada penutupan banyak pawagam.

“Semua pemilik pawagam juga terpaksa mengecilkan operasi bagi mengurangkan kos dan mengelakkan kerugian.

“Kerugian paling besar setakat ini tentulah penutupan pengendali pawagam ketiga terbesar Malaysia, iaitu MBO Cinemas yang terpaksa melakukan pelupusan secara sukarela,” katanya.

MAFE sebelum ini jelasnya, pernah membuat rayuan bersama bagi mendapatkan pengecualian atau pengurangan cukai hiburan, khusus untuk menampung kerugian yang ditanggung industri pawagam selama ini.

“Walaupun kerajaan memberi peruntukan sebanyak RM255 juta bagi membiayai dan menyokong aktiviti kesenian, kebudayaan serta hiburan pada 2020, namun ia tidak mencakupi industri pawagam.

“Begitu juga Belanjawan 2021 yang memberi suntikan RM100 juta untuk industri kreatif, tetapi sekali lagi pawagam dianaktirikan,” katanya.

Beliau berkata, kejatuhan industri pawagam diramalkan memberi kesan buruk secara langsung ke atas industri filem Melayu tempatan, membabitkan 20,000 tenaga kerja, dari aspek pembuatan, produksi, kreatif dan pengedaran.

“Seperti yang kita tahu, Skop Production Sdn Bhd, milik Datuk Yusof Haslam adalah antara produksi paling berjaya di Malaysia, tetapi kerana pandemik, tiga filem milik syarikat beliau iaitu Abang Long Fadil 3, Polis Evo 3 dan Mat Kilau terjejas dengan teruk.

“Apabila pawagam terus diarah tutup, ia tidak adil kerana hakikatnya, tiada satu kluster pun berpunca dari pawagam dan ia disokong kajian dilakukan Celluloid Junkie pada Oktober tahun lalu,” katanya. – Getaran, 23 Februari 2020

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

2

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad