web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2024 6:37PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengumpulan data menerusi Pangkalan Data Utama (PADU) akan membantu kerajaan lebih memahami kesejahteraan isi rumah, walaupun keutamaannya untuk mengenal pasti penerima program bantuan yang layak sebagai sebahagian usaha untuk menamatkan bantuan menyeluruh.

Menurut penyelidikan oleh MIDF Amanah Investment Bank Bhd, pangkalan data PADU akan digunakan untuk mencipta sumber rujukan baharu bagi lembaran imbangan isi rumah, berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan diisytiharkan.

Kriteria kelayakan juga boleh diperhalusi dengan mempertimbangkan maklumat lain seperti saiz isi rumah serta komitmen dan beban kewangan sedia ada seperti gadai janji, pinjaman peribadi, pinjaman pendidikan dan perbelanjaan bulanan untuk pendidikan anak-anak, jelasnya.

"Penjadualan isi rumah berdasarkan lokaliti dan pekerjaan juga akan memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai tahap tekanan mengikut tahap pendapatan serta kawasan (dengan kos sara hidup yang berbeza dan kemudahan asas).

"PADU juga akan membantu kerajaan mengenal pasti kawasan atau pekerjaan yang kurang diberi perkhidmatan tetapi memerlukan perhatian segera," menurut penyelidikan MIDF dalam nota penyelidikan pada Khamis.

Walaupun sesetengah pihak membangkitkan kebimbangan mengenai keselamatan maklumat, bank pelaburan itu yakin terdapat ruang untuk penambahbaikan dari segi kedalaman dan skop pengumpulan data.

MIDF memaklumkan bahawa dari segi perbelanjaan, lebih banyak data boleh dikumpul seperti anggaran perbelanjaan bagi bahan api dan perkhidmatan pengangkutan.

Walaupun jarak rumah ke pejabat mungkin menentukan kos bahan api untuk perjalanan, namun perbelanjaan sebenar mungkin berbeza bergantung pada mod perjalanan, kekerapan dan jenis pekerjaan, tambahnya.

"Dari segi pendapatan, kami berpendapat gabungan pendapatan sewa rumah dan kereta boleh diasingkan. Pengasingan ini akan berguna untuk mengetahui sama ada aset tersebut menjana pulangan sewa yang positif atau negatif," menurutnya.

Mengenai langkah subsidi bahan api bersasar, penyeldikan oleh MIDF menjangkakan beberapa senario, pertama, untuk RON95 kekal status quo; atau meningkat sebanyak lima sen setiap bulan mulai Jun 2024; atau meningkat sebanyak 35 sen sekali sahaja pada Jun 2024; atau ditetapkan pada harga pasaran pada Jun 2024.

Dari 2017 hingga awal 2018, kerajaan melaksanakan mekanisme harga bahan api terapung terurus dengan harga ditetapkan setiap minggu.

"Kami berpendapat bahawa kerajaan mungkin mempertimbangkan aliran harga bahan api selepas 2010 dalam menentukan mekanisme terbaik untuk separuh kedua 2024," jelasnya.

Penyelidikan oleh MIDF juga berpandangan walaupun rasionalisasi subsidi bertujuan meningkatkan kedudukan fıskal kerajaan namun pihaknya yakin kerajaan akan kekal berhati-hati dalam pendekatannya untuk melaraskan peruntukan subsidi serta menaikkan harga bahan api domestik.

Akhirnya, kerajaan akan terus memastikan lebih banyak sokongan diberikan kepada rakyat yang memerlukan, menurutnya.

"Rasionalisasi perbelanjaan subsidi bukan bertujuan mengurangkan sokongan kepada rakyat tetapi untuk menamatkan bantuan secara menyeluruh yang sebelum ini turut dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi," tegasnya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang