web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Orang Ramai Ambil Peluang Hari Terakhir Daftar, Kemas Kini Maklumat PADU

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2024 4:13PM

Kaunter PADU dibanjiri orang ramai yang mahu mendaftar atau mengemas kini maklumat - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai di seluruh negara tidak melepaskan peluang untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang berakhir hari ini, sama ada secara dalam talian mahupun menerusi kaunter fizikal.

Menurut status di laman Facebook PADU Official, rekod pengemaskinian maklumat individu sehingga 12 tengah hari tadi telah mencapai 10.85 juta individu daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem berkenaan berbanding 10.61 juta individu setakat 11.59 malam semalam.

Di SELANGOR, kaunter pendaftaran fizikal dibuka pada program khas peringkat komuniti, antaranya Program Lawatan Mesra Datuk Bandar dan Pendaftaran PADU bersama Ketua Perangkawan Malaysia di Flat Seri Aman, Petaling Jaya di sini dengan pengunjung hadir seawal 9 pagi untuk mendaftar.

Rata-rata penduduk yang ditemui memuji saha kerajaan dalam memastikan rakyat dapat mendaftar PADU secara fizikal yang dapat menjimatkan masa serta memudahkan penduduk, terutama golongan warga emas yang tidak mempunyai kemahiran mengunakan gajet untuk mendaftar secara dalam talian.

Pada masa sama, orang ramai dilihat beratur lebih 30 meter seawal 7.30 pagi di luar Pusat Maklumat Rakyat (PMR), Jabatan Penerangan Malaysia di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Anggerik Mall, Shah Alam untuk mendaftar dan mengemas kini sistem itu secara fizikal.

Di JOHOR, pemandu lori, M. Chandran, 49, dari Ulu Tiram ketika ditemui di perkarangan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Johor berkata beliau memanfaatkan cutinya hari ini untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat pada hari terakhir berikutan kekangan waktu sebelum ini.

"Saya hendak kemas kini hari ini sebab saya tidak mahu terlepas dan tercicir untuk menerima apa-apa bantuan dari kerajaan. Saya memilih datang ke sini kerana kalau ada apa-apa masalah mereka boleh membantu," katanya.

Di PERLIS, suri rumah Ani Saad, 52, dari Pauh, Arau ketika ditemui di sebuah pasar raya di sini berkata beliau hadir ke kaunter fizikal PADU pada hari terakhir bersama suami untuk mengemas kini maklumat masing-masing kerana rumah mereka mengalami gangguan perkhidmatan internet.

Rosmah Wahab, 64, seorang ibu tunggal yang juga dari Arau berkata beliau datang ke pasar raya itu semata-mata untuk mengemas kini maklumat PADU di kaunter berkenaan kerana tidak memiliki telefon pintar.

Di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Komtar, PULAU PINANG, Khatijah Nordin, 63, dan suami Ridzuan Othman, 71, berkata beliau telah mengemas kini sendiri maklumat PADU pada Jumaat lepas, namun terdapat sedikit masalah pada butiran gambar dan hadir ke kaunter fizikal untuk
menyempurnakan pendaftaran itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PADU Rekod Lebih 10 Juta Pendaftaran - Rafizi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keselamatan, Kerahsiaan Maklumat PADU Terjamin Daripada Kebocoran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Elak Daftar Padu Saat Akhir, Sistem Akan Sesak - Ketua Perangkawan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad