web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PADU Rekod Lebih 10 Juta Pendaftaran - Rafizi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2024 4:23PM

Rafizi Ramli - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lebih 10 juta individu telah mendaftar dengan Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) selepas program itu berakhir semalam.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, 11.55 juta atau 52.6 peratus warganegara berusia 18 tahun ke atas  telah berjaya membuat pendaftaran.

Menurut beliau, jumlah itu menjadikan 58.7 peratus atau 17.65 juta profil rakyat dan ahli isi rumah, termasuk yang berusia di bawah 18 tahun berjaya dikemas kini.

“Kementerian Ekonomi seterusnya akan membentangkan pelan penyasaran semula subsidi kepada kabinet pada April ini.

“Sebarang pengumuman berhubung perkara ini akan diumumkan oleh kerajaan pada masa akan datang,” katanya.

Jelas Rafizi, kerajaan akan menggunakan data pentadbiran sedia ada untuk rakyat yang tidak berjaya mendaftar atau gagal mengemas kini profil mereka di PADU.

“Ini bagi menentukan kelayakan mereka untuk tujuan penyasaran semula subsidi.

“Jika ada keperluan, kerajaan akan mengumumkan pembukaan semula PADU dalam tempoh singkat untuk pendaftaran dan pengemaskinian, selepas bentuk dan mekanisme subsidi bersasar diputuskan,” katanya. - Getaran, 1 April 2024

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Orang Ramai Ambil Peluang Hari Terakhir Daftar, Kemas Kini Maklumat PADU

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Keselamatan, Kerahsiaan Maklumat PADU Terjamin Daripada Kebocoran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Elak Daftar Padu Saat Akhir, Sistem Akan Sesak - Ketua Perangkawan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad