web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengikut Abu Sayyaf Mati Ditembak Di Filipina

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2021 6:59PM

Suspek yang ditembak mati di Filipina pada Sabtu dipercayai pengikut Munjur Yadah (dalam bulatan) - Gambar dari ESSCom

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Seorang ahli kumpulan militan Abu Sayyaf ditembak mati dalam satu operasi di Panamao, Kepulauan Sulu pada Sabtu lepas.

Lelaki itu dipercayai pengikut Munjur Yadah, seorang daripada 21 individu yang dikehendaki untuk jenayah rentas sempadan dan penculikan di Sabah.

Menurut Panglima Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Datuk Ahmad Fuad Othman, suspek yang ditembak mati, Wahid Sahid, bukan antara mereka yang dikehendaki.

Wahid juga tidak pernah direkod masuk ke Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

“Hanya individu yang dikaitkan dengan jenayah rentas sempadan di ESSZone boleh dimasukkan ke senarai individu dikehendaki,” katanya kepada The Vibes.

Namun maklumat perisikan ESSCom menunjukkan Wahid adalah pengikut Munjur, individu yang dikehendaki.

Berikutan insiden itu, Fuad berkata, ESSCom akan meningkatkan kawalan keselamatan di sepanjang persisiran pantai Sabah termasuk meningkatkan risikan untuk memastikan militan Abu Sayyaf tidak masuk ke Malaysia.

“Pasukan keselamatan Filipina akan melakukan operasi berskala besar ke atas kumpulan Abu Sayyaf, manakala pihak kami pula akan meningkatkan pemeriksaan untuk menghalang ahli kumpulan itu dari masuk ke Sabah,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan seorang ahli Abu Sayyaf yang terlibat dalam penyeludupan senjata api telah dibunuh dalam satu operasi polis di Panamao pada Sabtu lepas.

Operasi yang melibatkan polis dan angkatan tentera itu dijalankan dalam pukul 10.30 pagi waktu tempatan.

Portal itu memetik Ketua Polis Filipina, Mejar Jeneral Debold Sinas sebagai berkata, Wahid, yang juga ahli aktif dalam Abu Sayyaf juga terlibat dalam kes penculikan di Sulu.

Sinas memberitahu seorang pegawai keselamatan yang menyamar sebagai pembeli senjata api telah masuk ke sebuah rumah yang sedang dipantau. Namun, suspek telah melepaskan tembakan dan memaksa pasukan keselamatan membalas tembak dan membunuhnya.

Sinas juga menambah, dalam pemeriksaan di rumah tersebut, pihaknya menemui tiga senapang M14, satu Karbin M4, peluru dan tangan M203.

Polis Filipina percaya suspek terlibat dalam aktiviti penculikan, mensasarkan keluarga elit di Barangay, Labuan dan Zamboanga sejak Januari.

Bulan lepas, ESSCom mengeluarkan senarai 21 individu paling dikehendaki yang terlibat dalam jenayah rentas sempadan di ESSZone, termasuk lima nama baharu.

Lima suspek baharu itu adalah Japs @ Mujafar Sawadjaan, Mujimmar Sawadjaan, Mundi Sawadjaan, Hj Wahad @ Talib dan Barah Udong @ Elvin.

Nama-nama lain yang tersenarai adalah Apo Mike @ Majan Sahidjuan, Al Munjir Yadah, Salip Mura, Raden Abuh, Marajan @ Manajan Asiri, Sangbas Parisko, Hamsan Pakkan @ Black Cobra, Sabri Madrasul @ Salip Jul, Ben Tatoh Quirino, Jul @ Jul Hasan, Jul Aksan Abdurajan @ Halimaw, Tampi @ Bunju, Long Sahirin, Haibin Mubin @ Apo Kuhambo, Halipa dan Basaron Arok. - Getaran, 22 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Perhebat Rondaan Di ESSZone, Guna Pesawat Pejuang - ESSCom

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Dakwaan Kumpulan Bersenjata Memasuki Lahad Datu, ESSCOM Nasihat Rakyat Tidak Panik

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Pakar Pembuat Bom Disahkan Masih Hidup - ESSCOM

4

Semasa 4 tahun yang lalu

2 ‘Clan’ Besar ASG Tumpas Kejayaan Utama ESSCOM

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 22 jam yang lalu

Pesawat Pengebom B-52 AS Terhempas Sejurus Berlepas, 8 Disahkan Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 26 minit yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

oleh Sophia Ahmad