Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


2 ‘Clan’ Besar ASG Tumpas Kejayaan Utama ESSCOM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2021 12:24PM

Ahmad Fuad menerima cenderahati pada Perbarisan Perpisahan Sempena Persaraan beliau di Dataran Kawad Pasukan Gerakan Am.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Dua ‘clan’ besar Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) yang bertapak di Sabah adalah antara 41 clan ASG yang telah berjaya ditumpaskan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, dua clan berkenaan ialah Clan Hatib Munap Binda yang beroperasi di Beaufort dan Pulau Timban serta Clan Jemaah Group pimpinan Ustaz Mamay Aburi.

Menurut beliau, kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan operasi bersama Joint Task Force Sulu (JTFS) dan WESTMINCOM J2.

“Sebanyak tiga operasi besar untuk domestik dan dua di negara jiran bersama JTFS telah dilaksanakan di bawah Operasi khas (Covert Operation) bersama pasukan khas ESSCOM sepanjang tahun 2020 hingga 2021 bagi menangani aktiviti ASG dan kumpulan penculikan Kidnapping For Ransom Group (KFRG) serta penyeludupan dadah.

“Kita telah berjaya meneutralkan sembilan sasaran utama dan perkongsian maklumat perisikan dengan pihak keselamatan Filipina dan Indonesia bagi mengekalkan ‘Zero Kidnapping’ juga telah berjaya sepenuhnya sepanjang saya menerajui ESSCOM,” katanya.

Ahmad Fuad menyatakan demikian dalam ucapannya pada Perbarisan Perpisahan Sempena Persaraan beliau di Dataran Kawad Pasukan Gerakan Am (PGA) BN 17, Rabu.

Menurut beliau, kes terakhir kes penculikan KFR melibatkan wang tebusan direkodkan pada 15 Januari, tahun lalu.

Katanya, tindakan pantas perisikan ESSCOM membuat pertukaran maklumat risikan dengan JTFS dan WESTMINCOM J2, membolehkan tiga anggota ASG ditembak mati, tiga hari selepas insiden di Pulau Sulare, Sulu.

“Atas kejayaan ini, penekanan bahagian perisikan menangani ancaman utama di ESSZONE akan tetap diteruskan dan ESSCOM telah merancang beberapa tindakan bagi memperkasakan sempadan darat dan laut ESSZONE.

“Antara tindakan yang kita rancang ialah mewujudkan Pos Sungai Aji Kuning, Pulau Sebatik (Tawau) dan mewartakan Road Check Point (RCP) Sapi Nangoh dan Kalabakan di bawah OP Taring PGA Sabah,” jelasnya.

Ahmad Fuad berkata, ESSCOM turut mencadangkan untuk menempatkan beberapa pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di kawasan berpenduduk (populated area) sebagai pondok polis kecil untuk tugas kepolisan dan responden pertama.

Bagi jangka masa panjang katanya, ESSCOM turut mencadangkan untuk mewujudkan Forward Operation Base (FOB) Pasukan Gerakan Udara (PGU) di Tawau bagi menempatkan aset dan penyelenggaraan.

Dalam ucapannya, Ahmad Fuad turut mengingatkan warga ESSCOM dan semua agensi keselamatan di ESSZONE agar tidak terlibat dengan mana-mana sindiket jenayah rentas sempadan seperti ASG, KFRG dan penyeludupan sempadan.

Beliau turut meminta agar semua pihak berganding bahu dalam menjaga dan mengawal keamanan serta kedaulatan pantai timur Sabah dari sebarang ancaman anasir-anasir jahat yang mengancam keselamatan negara.

“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua agensi keselamatan yang telah memainkan peranan masing-masing dalam menjaga kedaulatan dan keamanan Pantai Timur Sabah serta kerjasama yang diberikan selama ini sepanjang saya menyandang tugas  Komander ESSCOM,” katanya. - Getaran, 8 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Perhebat Rondaan Di ESSZone, Guna Pesawat Pejuang - ESSCom

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwaan Kumpulan Bersenjata Memasuki Lahad Datu, ESSCOM Nasihat Rakyat Tidak Panik

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pakar Pembuat Bom Disahkan Masih Hidup - ESSCOM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

7 Anggota Abu Sayyaf Dihukum Di Sabah, Ekstradisi Ke Filipina

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

Sukan 1 hari yang lalu

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

Semasa 1 hari yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

Semasa 1 hari yang lalu

Individu Hina Institusi Diraja Dikenal Pasti, Lebih 20 Kertas Siasatan Lampau - Fahmi