web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pakar Pembuat Bom Disahkan Masih Hidup - ESSCOM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2022 6:03PM

Mudzrimar dilaporkan ditembak mati Mei tahun lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU: Sub ketua kumpulan Abu Sayyaf (ASG) dan pembuat bom, Mudzrimar atau Mundi Sawadjaan yang dilaporkan ditembak mati Mei tahun lalu, disahkan masih hidup.

Status Mudzrimar yang turut didakwa sebagai perancang kepada beberapa insiden letupan di Jolo, Filipina itu dimaklumkan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Deputi Komisioner Hamzah Ahmad.

Katanya, status Mudzrimar disahkan melalui perkongsian maklumat dengan Joint Task Force Sulu (JTFS) dan Western Mindanao Command (J2 WESTMINCOM).

“ESSCOM ingin memberi penjelasan berhubung status Mudzrimar yang dilaporkan mati dalam satu insiden pada Mei tahun lalu.

“Hasil perkongsian maklumat perisikan antara ESSCOM dengan JTFS dan J2 WESTMINCOM, Mudzrimar disahkan masih hidup susulan beberapa siri pertempuran serta pertembungan pihak pasukan keselamatan Filipina dengan suspek sejak Julai 2021,” katanya.

Susulan maklumat itu, Hamzah berkata, Mudzrimar kekal berada dalam senarai dikehendaki pihak berkuasa bagi membantu siasatan kes jenayah rentas sempadan dan penculikan untuk wang tebusan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Khamis lalu, ESSCOM mengeluarkan senarai terkini 20 penjenayah rentas sempadan dikehendaki pihak berkuasa, termasuk lima suspek baharu.

Menerusi kenyataannya, Hamzah berkata, tiga daripada lima individu baharu berkenaan, iaitu Ahadin Hussein, Ellam Sajirin @ Nasirin dan Ismurah Jirah disyaki ‘keepers’ serta terbabit dalam kes penculikan di perairan Tambisan.

Jelasnya, individu keempat dikenali Madjid Said @ Ammah Pattit pula adalah ketua paling senior Daulah Islamiah (DI) Sulu Based dan berperanan sebagai komander ASG Sulu serta sub ketua yang bakal menggantikan Hatib Hajan Sawadjaan.

“Manakala, individu kelima adalah Mudzrimar @ Mundi Sawadjaan yang juga anak saudara kepada Hatib Hajan Sawadjaan dan sub ketua dalam ASG serta mempunyai kepakaran membuat bom.

“Mudzrimar turut bertindak merancang letupan bagi insiden ‘The Our Lady Of Mount Camel Cathedral Jolo’ pada 27 Januari 2020 dan insiden lain di Jolo pada 24 Ogos 2020,” katanya - Getaran, 30 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

2 ‘Clan’ Besar ASG Tumpas Kejayaan Utama ESSCOM

2

Semasa 4 tahun yang lalu

7 Anggota Abu Sayyaf Dihukum Di Sabah, Ekstradisi Ke Filipina

3

Semasa 4 tahun yang lalu

2 Anggota Abu Sayyaf Maut Ditembak, Perancang Utama Penculikan Pemilik Ladang

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Tembak Mati 2 Individu Dipercayai Ahli Abu Sayyaf Di Sandakan

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad