web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Projek Zerosix Ubah Wajah Bandaraya Kuantan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2021 12:17PM

Project ZeroSix menyiapkan mural naga Sri Pahang di Lorong Mahkota, dekat Kuantan. - Gambar dari Facebook Project ZeroSix

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN: Seni lukisan dinding atau lebih dikenali sebagai mural bukanlah benda baharu di Malaysia, bahkan ia sudah lama dihasilkan oleh artis tempatan yang profesional, semi profesional dan berbakat luar biasa. 

Sering juga digelar sebagai street art oleh peminat, antara lokasi paling terkenal dan pernah menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia ialah lukisan dinding di Penang Street Art, Georgetown, Pulau Pinang dan seterusnya 'merebak' ke Melaka, Terengganu dan Lembah Klang. 

Kebanyakan artis yang terbabit dalam hasil seni unik ini adalah mereka yang berpengalaman dan memiliki kelulusan tinggi, bahkan ada antaranya memegang ijazah sarjana. 

Sebagai sebuah bandar yang semakin maju, Kuantan juga tidak ketinggalan dalam penghasilan street art yang memukau pengunjung ke ibu negeri Pahang, yang kini diwartakan sebagai sebuah bandaraya. 

Untuk rekod, pengisytiharaan Kuantan sebagai Bandaraya disempurnakan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 21 Februari 2021. 

Tugas untuk menghasilkan seni mural tiga dimensi (3D) digalas sekumpulan 14 anak muda antaranya Mohd Amir Farouk, Azri Azahar, Ahmad Fadzril Abdul Ruzsnan dan Muhammad Ikmal Abdul Manan, berasal dari Pahang yang menggelarkan diri mereka sebagai Project ZeroSix. 

Mohd. Amir Farouk bersama hasil karya Project ZeroSix di Lorong Mahkota, Kuantan. - Gambar dari Facebook Project ZeroSix
Mohd. Amir Farouk bersama hasil karya Project ZeroSix di Lorong Mahkota, Kuantan. - Gambar dari Facebook Project ZeroSix

Pemilihan nama ZeroSix adalah simbolik kepada kod nombor kad pengenalan artis yang terbabit dalam projek diselia Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), iaitu kosong enam (06) mewakili kod untuk negeri Pahang. 

Projek itu diketuai Mohd Amir, 30 tahun yang berasal dari perkampungan Sungai Isap, kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar. 

Beliau yang sebelum ini aktif dalam penghasilan seni 'airbrush' dan sukan luncur air, memilih untuk menyumbang kemahiran dimiliki bagi mencipta 'kejutan' kepada pengunjung bandar ini. 

"Sudah pasti peluang ini tidak diperoleh tanpa sokongan padu daripada Yang Dipertua MPK, Datuk Hamdan Hussin dan kerajaan negeri," katanya yang memiliki kelulusan dalam bidang automatif dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). 

Mohd Amir berkata, projek itu dimulakan Disember lalu dan setakat ini pihaknya sudah menyiapkan kira-kira 40 peratus merangkumi pelbagai jenis lukisan 3D, daripada kawasan sepanjang hampir 300 meter yang diamanahkan MPK kepada mereka. 

"Kami perlu menghasilkan sekurang-kurangnya 34 lukisan di sepanjang laluan antara Jalan Besar dan Jalan Mahkota dan banyak yang sudah siap. 

"Memang ambil masa sedikit memandangkan kami sangat bergantung kepada keadaan cuaca semasa. Contohnya, hujung Disember hingga awal Januari lalu, kami hampir tidak boleh melukis langsung berikutan hujan lebat tanpa henti," katanya. 

Azri Azahar
Azri Azahar

Sementara itu rakan baik Mohd Amir, Azri, berusia 31 tahun yang berasal dari Bukit Sekilau, dekat sini, berkata, perkembangan 'street art' di negara ini semakin mengujakan dan orang ramai juga dilihat semakin menghargai seni lukis 3D pada dinding dihasilkan artis tempatan. 

"Kerja seni seperti ini memberi kepuasan berbeza kepada setiap individu. Macam kami yang melukis, ada kepuasan lain yang kami rasai, manakala bagi peminat atau pengunjung pula, mereka menikmati hasil karya itu dengan cara tersendiri seperti bergambar kenangan. 

"Saya berharap projek street art di Kuantan menjadi pencetus kepada perkembangan cabang seni kreatif ini di Pahang," katanya yang memegang ijazah sarjana dalam bidang arkitek dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). 

Antara imej lukisan dihasilkan Project ZeroSix ialah mercu tanda kebanggaan Pahang, kawasan peranginan terkenal, tokoh pahlawan terkenal serta naga Tasik Chini yang turut dipilih sebagai nama pasukan bola sepak Pahang, Sri Pahang FC. - Getaran, 22 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blockout 2024: Tak Perlu Sokong Artis, Tapi Jangan Pengaruhi Orang Ramai - Simmons

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Erysha Emyra Jawab Isu Berlakon Jadi Kekasih Abang Ipar Tiri   

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Ungu, Ratu Rock Ella Bakal Bersatu Dalam Satu Konsert

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Golongan Selebriti Bijak Gunakan Platform Media Sosial, Jentik Hati Rakyat Malaysia

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 2 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar