web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Golongan Selebriti Bijak Gunakan Platform Media Sosial, Jentik Hati Rakyat Malaysia

Pengaruh yang mereka milik tidak dinafikan dapat membangkitkan kesedaran dan membantu membuka mata lebih ramai pihak untuk bangkit menyokong Palestin

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2023 12:23PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perang yang tercetus di Palestin sesungguhnya amat meruntun hati. Setiap kali berada di atas talian, terutamanya di platform media sosial, pasti ada perkongsian yang membuat hati tersentuh, kecewa dan berang dengan tindakan rejim Zionis yang tidak berperikemanusiaan.

Pujian harus diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa bersatu hati untuk menyatakan sokongan kepada ‘sahabat-sahabat’ yang berada di Palestin. Terima kasih juga kepada golongan selebriti yang bijak menggunakan platform media sosial mereka dengan membanggakan. 

Pengaruh yang mereka miliki tidak dinafikan dapat membangkitkan kesedaran dan membantu membuka mata lebih ramai pihak untuk bangkit menyokong Palestin. Jika mahu menyebut nama satu persatu memang panjang senarainya, namun ini antara nama yang boleh disebut iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Ella, Nana Mahazan, Amyra Rusli, Aeril Zafrel, Zulin Aziz dan Zul Yahya. 

Setiap seorang daripada mereka ini tampil dengan cara tersendiri bagi menghulurkan bantuan. Siti Nurhaliza misalnya menerusi Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan dengan suami, beliau giat menyalurkan bantuan kewangan dan barangan keperluan lain kepada penduduk Gaza yang terkesan. 

Setiap kali beliau membuat hantaran di akaun Instagram, beliau tidak pernah lupa untuk menyeru  orang ramai untuk sama-sama menderma ke Tabung Bantuan Khas Palestin biarpun ada hantarannya telah disekat.

Begitu juga dengan Aeril Zafrel yang nekad menjual Lamborghini Aventador miliknya dan separuh daripada wang hasil jualan disalurkan kepada Persatuan Cinta Gaza. Dalam satu kenyataan, Aeril memberitahu dia membuat keputusan itu kerana kereta hadiah daripada isteri, Wawa Zainal itu jarang digunakan. Sama seperti Siti, dia juga mengajak orang ramai agar menyalurkan sumbangan bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin.

Ratu Rock, Ella juga mengumumkan bahawa dia akan menyalurkan sebahagian daripada kutipan konsertnya di Pulau Pinang pada Sabtu ini kepada Tabung Cinta Gaza Malaysia. Jelas Ella, langkah ini adalah sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang telah banyak menderita akibat kekejaman rejim Zionis. 

Kelmarin, Zul Yahya juga berjaya melaksanakan misi kayuhan dari Ipoh ke Johor Bahru bagi mengumpul dana untuk rakyat Palestin dan berjaya mengumpul RM1,200 sepanjang dua hari kayuhan. Wang tersebut diserahkan kepada Yayasan Afdlin Shauki dan Datuk Afdlin turut menambah derma sehingga menjadi RM2,400.

Bagaimana pula dengan pemain industri yang lain? Ternyata mereka juga tidak menghampakan. Stesen-stesen televisyen yang ada tidak pernah culas memainkan peranan masing-masing. Selain sentiasa mengemas kini berita dari bumi berdarah itu, produksi program hiburan juga sensitif dengan isu semasa. Ketika menjamu penonton dengan hiburan, mereka juga mengajak penonton untuk sama-sama mengingati mereka yang sedang berduka. 

Buktinya, anda boleh lihat sendiri iklan atau kempen untuk menghulurkan sumbangan ke tabung-tabung bantuan yang lalu-lalang di stesen televisyen.

Konsert minggu kelima Gegar Vaganza semalam juga tampil dengan sesuatu yang istimewa. Tirai persembahan dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Ku Mohon’ oleh barisan artis terlibat sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

Pengacara program, Nabil Ahmad turut mengumumkan bahawa pihak produksi, barisan artis dan juri juga tidak ketinggalan memberi sumbangan kepada tabung bantuan. Sesekali, kedua-dua pengacara turut berbicara tentang pergolakan yang berlaku di Palestin.

Bagaimana pula dengan anda? Sudahkah anda menjalankan tanggungjawab sebagai saudara Islam? Jika tidak mampu menyumbang dalam bentuk wang ringgit, anda juga boleh titipkan doa kepada mereka di sana. Malah, anda juga boleh melakukan sesuatu di platform media masing-masing. Bagi yang berhajat untuk memberi sumbangan wang, pilihlah tabung bantuan yang diyakini agar dana yang disalurkan sampai kepada rakyat Palestin.

Salah satu tabung bantuan yang boleh dipercayai ialah Tabung Bantuan Khas Palestin yang diseliakan oleh Yayasan Nurjiwa. Anda boleh kreditkan amaun yang ingin didermakan ke akaun Maybank 5144 8610 6455. Atau boleh juga salurkan ke Persatuan Cinta Gaza Malaysia melalui akaun Maybank  Islamic, 5648 1050 7826. - Getaran, 23 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 6 hari yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

4

Selebriti 3 minggu yang lalu

Dulu Kejar Populariti, Kini Cari Reda Ilahi - Mahmud Ali Bashah

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Muzik 22 jam yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad