Berita Terkini

37 minit yang lalu: 5 individu nyaris maut pokok tumbang hempap kenderaan 38 minit yang lalu: Agong nasihat umat Islam elak bazir makanan di bulan ramadan 38 minit yang lalu: MBA gesa kerajaan percepat program biodiesel B20 di seluruh negara 39 minit yang lalu: Cadangan MRSM berbayar, kos haji tumpuan Dewan Rakyat hari ini 39 minit yang lalu: Malaysia sedia bekerjasama dengan Afghanistan - PM

IKUTI KAMI


2 Wanita Sesak Nafas Terhidu Bau Kuat Di Seelong

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 7:35AM

Seorang warga emas berkerusi roda dipindahkan dari kawasan kejadian. - Tangkap layar dari video ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dua wanita sesak nafas manakala segelintir besar penduduk di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, dekat sini, keluar dari kediaman mereka susulan terhidu bau kuat seperti bahan kimia, malam tadi.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Ketua Unit Hazmat Jabatan Penyelamat Bomba Malaysia Negeri Johor Saiful Bahri Safar berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.22 malam dan pasukan pertama tiba di kampung berkenaan 15 minit kemudian.

“Dua mangsa yang berusia 20an dan 40an telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail kerana sesak nafas oleh unit EMRS.

“Anggota hazmat pula telah membuat ‘detection’, ‘isolation’ dan ‘damping’ di sungai dan didapati terdapat tumpahan cecair pepejal yang berada di kawasan anak sungai,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, tengah malam tadi.

Hasil ujian peringkat awal, pihaknya mengesyaki tumpahan itu adalah methyl alcohol, sejenis bahan buangan berjadual, dengan kepekatan 120 ppm (bahagian per juta).

“Jadi tindakan daripada kita, lima buah rumah kita minta kosongkan ... yang berada jarak 150 meter (dari sungai) dan mereka semua dipindahkan ke balai raya.

“Buat masa ini, kita cuba mengawal kawasan ini dan terus mengesan dengan cara menyusuri anak sungai untuk mencari punca tumpahan ini bermula,” kata beliau.

Seramai 24 anggota dan pegawai dengan lima jentera daripada Balai Bomba Kempas, Balai Bomba Larkin dan Balai Bomba Johor Jaya, dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setakat 2.30 pagi tadi, usaha pengesanan tumpahan masih diteruskan dan pihaknya juga turut memohon bantuan pihak Jabatan Alam Sekitar dan Unit Hazmat Melaka.

Tinjauan Bernama juga mendapati bau seolah-olah petrol masih dapat dihidu sejauh kira-kira 300 meter dari anak sungai berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Masjid Ibnu Sina Di Titiwangsa Musnah Dalam Kebakaran

2

Semasa 5 hari yang lalu

Bomba Selamatkan Pencari Madu Lebah Terjatuh Ke Dalam Cerun

3

TARA 1 minggu yang lalu

Tesla Rempuh Bomba, NHTSA Syak Punca Pemandu Guna Mod 'AutoPilot'

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pastikan Perkhidmatan Bomba Sentiasa Ditambah Baik - PM Anwar

Sorotan

1

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

2

Batal Pengecualian Cukai: Dakwa Muhyiddin Berniat Jahat, Guan Eng Lapor Polis

3

Pemuda UMNO Lapor Polis Pembukaan Kelab Pamer Thai Hot Guy, ‘Cukup-Cukuplah’

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Presiden Singapura Diberi Sambutan Negara Di Istana Negara

Politik 14 jam yang lalu

Shahrizat Dilantik Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

oleh Amar Shah Mohsen

Semasa 1 hari yang lalu

Boleh Bayar Tol Guna Kad Debit, Kredit Di 5 Lebuh Raya September Ini

oleh Susan Albert

Semasa 1 hari yang lalu

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan Mahu Lebih Banyak Pihak Beri Input - Fadillah