Berita Terkini

50 minit yang lalu: 5 individu nyaris maut pokok tumbang hempap kenderaan 51 minit yang lalu: Agong nasihat umat Islam elak bazir makanan di bulan ramadan 51 minit yang lalu: MBA gesa kerajaan percepat program biodiesel B20 di seluruh negara 52 minit yang lalu: Cadangan MRSM berbayar, kos haji tumpuan Dewan Rakyat hari ini 52 minit yang lalu: Malaysia sedia bekerjasama dengan Afghanistan - PM

IKUTI KAMI


Belia Perlu Lebih Agresif Tangani Perubahan Iklim Peringkat Global

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 8:20PM

Kate Ewart-Biggs - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penglibatan golongan belia dalam menangani cabaran perubahan iklim di peringkat global perlu digerakkan secara lebih agresif, bagi memastikan masalah itu berjaya ditangani dengan lebih terperinci.

Timbalan Ketua Eksekutif British Council, Kate Ewart-Biggs berkata, kempen Global Youth Letter Report diyakini mampu meningkatkan pembabitan golongan berkenaan, sebagai suara yang mampu membawa perubahan bermakna di masa hadapan.

Menurut beliau, kempen digerakkan British Council itu kempen tersebut adalah alternatif yang menekankan keperluan penglibatan belia dalam dasar perubahan iklim secara global.

"Golongan muda adalah pemimpin masa depan dan adalah penting untuk kita memberi peluang agar suara mereka didengari oleh pemimpin, termasuk dalam sebarang penetapan keputusan di peringkat dasar.

“Kajian ke atas 8,000 belia dari 23 negara mendapati, 75 peratus daripada mereka memiliki kemahiran untuk menangani masalah perubahan iklim dalam kalangan komuniti masing-masing,” katanya di sini.

Menurut Kate, 63 peratus lagi pula mengesahkan bahawa mereka memahami dengan baik agenda yang mahu disampaikan oleh Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (COP26) di Paris, Perancis November nanti.

“Seramai 69 peratus lagi pula memberitahu, mereka tidak pernah terbabit atau mengambil bahagian dalam acara seumpama itu manakala 67 peratus belia merasakan, pemimpin negara mereka tidak berupaya menangani masalah perubahan iklim dengan efisien,” katanya.

Golongan sama katanya, menzahirkan kebimbangan bahawa suara wanita dan kelompok minoriti tidak dilibatkan dalam sebarang permasalahan berkaitan isu tersebut.

Kajian itu jelas Kate, turut melaporkan beberapa halangan yang dihadapi kumpulan belia termasuk akses digital yang terhad, budaya sosial hierarki dan kekurangan latihan untuk mengembangkan lagi kemahiran.

"Generasi muda ini merasakan, media sosial adalah platform penting untuk berkongsi berita mengenai perubahan iklim bersama rakan sebaya, sekali gus mengelakkan perkongsian info palsu atau tidak tepat.

"Komuniti di kawasan terpencil tanpa akses internet pula menjadikan televisyen dan radio sebagai saluran informasi dan maklumat mutakhir,” katanya.

Atas dasar ini jelasnya, British Council menyeru penglibatan generasi muda untuk sama mengambil bahagian dalam kempen berkenaan, yang boleh disertai dengan menandatangani surat terbabit di laman sesawang www.britishcouncil.org/climate-connection/get-involved/global-youth-letter. 

“Surat itu secara langsung akan disampaikan kepada pembuat dasar dan pemimpin dunia yang akan menghadiri COP26 di Glasgow, Scotland bermula 1 hingga 12 November nanti,” katanya. – Getaran, 11 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Peruntukan Akta Perubahan Iklim, Bidang Kuasa Harus Diutamakan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Akta Perubahan Iklim Dalam Perancangan - Nik Nazmi

3

Semasa 6 bulan yang lalu

RUU Berkaitan Perubahan Iklim Dijangka Bentang Tahun Depan - Tuan Ibrahim

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ambil Serius Kesan Perubahan Iklim, Kaji Semula Dasar CCA Negara

Sorotan

1

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

2

Batal Pengecualian Cukai: Dakwa Muhyiddin Berniat Jahat, Guan Eng Lapor Polis

3

Pemuda UMNO Lapor Polis Pembukaan Kelab Pamer Thai Hot Guy, ‘Cukup-Cukuplah’

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkasa Ekonomi Bumiputera: Jangan Buat Keputusan ‘Berat Sebelah’, Tengok Realiti - MTEM

oleh Aiman Sadiq

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Sabah Terima Laporan Insiden Pergaduhan, Kekecohan Dalam Pemilihan

oleh Aiman Sadiq

Semasa 19 jam yang lalu

Roger Ng Mohon Pindah Ke Penjara Selebriti AS, Dakwa Alami PTSD

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

11 Mei Keputusan Permohonan Ibu Tunggal Batal Penukaran Agama 3 Anaknya