web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jurujual Kenderaan Didakwa Memandu Dengan Berbahaya Sebabkan 3 Kematian

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 2:28PM

Sathiya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Seorang jurujual kenderaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini, atas tiga pertuduhan memandu dengan berbahaya kepada pengguna jalan raya sehingga menyebabkan kematian tiga mangsa bulan lepas.

Tertuduh A R Sathiya Ganes, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai.

Dia didakwa memandu dengan berbahaya sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal Mohd Suhail Zainal, 22, dan pemboncengnya Hasrandy Bahrum, 27, serta seorang lagi penunggang motosikal Mohd Nur Hisham Hassan, 29 tahun.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 4, Jalan Kampung Acheh-Sitiawan di sini kira-kira pukul 5.30 petang, 21 Ogos lepas, mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun, denda tidak kurang daripada RM20,000 dan maksimum hingga RM50,000 selain hilang kelayakan memegang lesen memandu tidak kurang daripada lima tahun bagi setiap pertuduhan.

Dalam prosiding yang sama, Sathiya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah methamphetamine ke dalam tubuhnya ketika ditahan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, kira-kira 4 petang pada 23 Ogos lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

Majistret membenarkan jaminan keseluruhan RM12,500 masing-masing dengan seorang penjamin iaitu RM3,500 bagi setiap pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, manakala RM2,000 bagi kes dadah.

Nurul Izalina turut menetapkan 1 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen serta keputusan ujian kimia.

Mahkamah juga memerintahkan agar tertuduh melaporkan diri di balai polis terdekat dua minggu sekali dan tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan sepanjang tempoh prosiding.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khazrin Haffiz Khalil manakala tertuduh diwakili peguam S Dharmanathan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

2

Semasa 3 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

3

Semasa 3 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

4

Semasa 3 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad