web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Letih Berkayuh Basikal, Aksi 'Minta Nyawa' Penunggang Undang Kecaman

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 9:07PM

Aksi yang dipamerkan oleh penunggang basikal ini mengundang bahaya dan ia turut tular di media sosial, selepas dirakamkan di Batu 9, Jalan Apas, Tawau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Sambutan Hari Kebangsaan Ke-64, semalam, dicemarkan dengan aksi seorang penunggang basikal yang berpaut pada sebuah lori, dipercayai kerana keletihan berkayuh di Batu 9, Jalan Apas, di sini.

Getaran difahamkan, aksi 'minta nyawa' itu berlaku pada sebelah pagi di laluan jalan raya berbukit berhampiran padang golf terkenal di daerah ini.

Sebelum kejadian, lelaki berkenaan dipercayai sedang beriadah bersama beberapa rakan lain sebelum berpaut pada lori berkenaan sebaik tiba di laluan menaiki bukit.

Bagaimanapun, aksi tersebut dirakam pengguna jalan raya lain sebelum video itu dimuat naik di media sosial Facebook dan mendapat reaksi negatif orang ramai.

"Kepada penunggang basikal, janganlah macam ini. Ini berisiko, risiko kepada pemandu (kenderaan) dan diri sendiri," kata perakam video itu yang jelas tidak bersetuju dengan aksi berbahaya terbabit.

Pendapatnya disokong pengguna dikenali sebagai Benn Berry, yang menyifat perbuatan itu berupaya mengundang padah kerana boleh menyebabkan kemalangan lebih serius.

Seorang lagi pengguna, Zatul Zana pula menegaskan, aksti penunggang basikal terbabit tidak seharusnya berlaku.

"Ia bukan sahaja membahayakan keselamatan, tetapi turut memberi persepsi negatif terhadap penunggang basikal yang lain," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas berkata, pihaknya sedia maklum mengenai perkara tersebut, namun tidak menerima sebarang aduan mengenainya.

"Memang ketika ini, aktiviti berbasikal adalah dibenarkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara terbaru di Sabah.

"Semua pengguna atau peminat aktiviti ini dinasihatkan untuk  mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan diri dan pemandu kenderaan," katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Menurut Peter, individu tersebut perlu juga mengambil kira keselesaan pengguna jalan raya yang lain, kerana perlakuan seumpama itu turut merisikokan keselamatan mereka. – Getaran, 1 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 20 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad