web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dalang Penipuan Peralatan Elektronik Ditangkap, Kerugian Cecah RM154,000

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 6:29PM

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dalang utama di sebalik penipuan penjualan barangan elektronik dalam talian membabitkan kerugian hampir RM154,000 akhirnya berjaya ditahan.

Penahanan dua individu berusia 32 dan 53 tahun terbabit dibuat 9 Ogos lalu, selepas mereka dikesan menggunakan akaun Instagram dengan nama beauty_saranghae untuk mempromosikan barangan elektronik yang tidak wujud kepada pengguna.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata, hasil maklumat dan risikan, suspek setakat ini terbabit dalam 64 kes penipuan membabitkan kerugian RM153,759.

“Polis mengesan kewujudan akaun Instagram menggunakan nama beauty_saranghae, disyaki membuat penipuan jual barang elektronik.

“Berdasarkan siasatan, modus operandi mereka ialah mengiklankan pelbagai barang elektronik dengan harga lebih murah daripada pasaran,” katanya di sini.

Mohd Kamaruddin berkata, pembeli yang berminat akan diarahkan untuk membuat bayaran ke dalam akaun bank diberikan namun barangan yang dijanjikan tidak diterima pelanggan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan setakat ini, tindakan lanjut sedang diambil ke atas 15,785 kes penipuan penjualan dalam talian atau e-dagang membabitkan kerugian RM110 juta, dari 2019 hingga semalam.

“Sebanyak 3,512 kes dicatatkan pada 2019 dengan kerugian RM28 juta, tahun lalu pula 5,846 kes membabitkan kerugian RM41 juta.

“Bagi tempoh awal Januari lalu hingga semalam, kita siasat 6,428 kes dengan kerugian RM41 juta,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dan berwaspada ketika membuat pembelian barang dalam talian.

“Mereka digalakkan membuat semakan pengesahan akaun bank dan talian telefon melalui laman sesawang https://semakmule.rmp.gov.my/ untuk mengenal pasti sama ada akaun bank itu pernah terbabit dalam penipuan atau sebaliknya,” katanya. - Getaran, 31 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Pertukaran Pegawai Kanan Bukit Aman

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bukit Aman Digesa Banteras Gengsterisme Di Julau - Larry Sng

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar