web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Pukul Pengawal Keselamatan Diklasifikasi Sebagai Bunuh - Polis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 8:07AM

Rakaman CCTV menunjukkan mangsa terbaring di atas lantai pada 29 Disember tahun lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis mengklasifikasikan semula insiden seorang lelaki membelasah pengawal keselamatan pada 29 Disember tahun lalu sebagai kes bunuh.

Ia berikutan kematian mangsa pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis sudah merujuk kes berkenaan kepada pihak pendakwa raya semalam.

Katanya, pihak pendakwa raya mencadangkan pertuduhan yang lebih tinggi dikenakan terhadap suspek.

“Polis telah mengklasifikasikan semula kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, pada hari sama mangsa meninggal dunia.

“Kes ini masih lagi menunggu arahan selanjutnya daripada pihak pendakwa raya,” katanya di sini.

Getaran Sabtu lalu melaporkan, polis akan merujuk semula kertas siasatan terhadap kes berkenaan susulan kematian mangsa.

Suspek sebelum ini sudah didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada 6 Januari lalu mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Bagaimanapun, kes berkenaan akan disebut semula pada 9 September ini untuk hukuman.

Terdahulu, video yang memaparkan mangsa dibelasah tertuduh kembali tular di media sosial, dipercayai disebarkan semula oleh ahli keluarga si mati.

Getaran difahamkan, punca kejadian adalah disebabkan anak tertuduh tidak dibenarkan oleh mangsa untuk menggunakan kolam renang di kondominum itu, kerana ia ditutup kepada orang ramai. - Getaran, 31 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 3 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 3 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 5 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar