web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malang Tidak Berbau, Lelaki Maut Ditaji Ayam Sabung Sendiri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 8:48PM

Seorang lelaki yang menyertai aktiviti menyabung ayam, maut selepas haiwan berkenaan 'mengamuk' secara tiba-tiba lalu menyerangnya di kebun kelapa sawit di Batu 21, Jalan Bintulu/Miri semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BINTULU - Seorang lelaki maut ditaji ayam sabungnya sendiri, selepas haiwan itu ‘mengamuk’ secara tiba-tiba, dalam insiden di sebuah kebun kelapa sawit di Batu 21, Jalan Bintulu/Miri petang semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 2.30 petang semalam sewaktu mangsa yang berusia 42 tahun sedang asyik menyertai aktiviti menyabung ayam di ladang berkenaan.

Menurut beliau, haiwan terbabit tanpa diduga melompat lalu menyerang tuannya, setelah dilepaskan untuk bersabung dengan seekor ayam jantan lain.

“Mangsa ditikam oleh taji ayam itu di bahagian paha dan mengalami kecederaan parah, sebelum meninggal dunia di Hospital Bintulu kerana kehilangan darah,” katanya di sini hari ini.

Susulan kejadian jelas Aidi, beberapa klip video memaparkan insiden berkenaan turut tular di media sosial, termasuk rakaman yang memperlihatkan mangsa dalam keadaan lemah serta berlumuran darah.

“Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu telah membuat tangkapan terhadap enam suspek lelaki, berusia antara 32 hingga 53 tahun yang disyaki terlibat dalam kes itu.

“Antara ditahan termasuk tuan rumah, pemilik kebun dan beberapa individu lain dipercayai penganjur aktiviti,” katanya.

Aidi memberitahu, kesemua suspek akan direman mulai esok selepas menerima perintah Mahkamah Majistret Bintulu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

"Kes disiasat mengikut  Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan dan Penganiayaan Terhadap Binatang 1952 serta Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

"Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021," katanya.

Kes berkenaan setakat ini diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut. – Getaran, 30 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

2

Semasa 3 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

3

Semasa 3 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Semasa 5 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad