web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JEMBARA Kumpul 5,000 Al Quran, Yassin Untuk Masjid Dan Surau

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2021 11:17AM

JEMBARA kumpul lebih 5,000 naskhah al-Quran dan Yasin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN: Kejayaan mengumpul lebih 5,000 naskah al-Quran dan Yasin dalam tempoh 10 hari menjadi pengalaman manis dan berharga kepada ahli Kelab Jembara Al-Falah Kuantan (JEMBARA). 

Memulakan kempen wakaf al-Quran pada awal Februari lalu, idea itu tercetus selepas negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bermula 13 Januari yang menyaksikan beberapa program gotong-royong membersihkan masjid serta surau terjejas akibat banjir dirancang kelab terbabit terpaksa dibatalkan. 

Ahli Kelab JEMBARA memindahkan naskah al-Quran dan Yasin yang dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai untuk diserahkan kepada pihak JAIP
Ahli Kelab JEMBARA memindahkan naskah al-Quran dan Yasin yang dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai untuk diserahkan kepada pihak JAIP

Pengerusinya, Abdul Rahim Othman berkata, selepas berbincang dengan ahli kelab yang lain, mereka sepakat melancarkan kempen wakaf al-Quran untuk masjid dan surau di seluruh Pahang. 

"Kami sempat melakukan gotong-royong di beberapa masjid dan surau sebelum PKP 2.0 dikuatkuasakan.. boleh dikatakan kebanyakan masjid dan surau berdepan masalah sama iaitu kerosakan al-Quran dan Yasin, selain kerosakan struktur serta barangan kelengkapan. 

"Saya sendiri mengakui sangat sebak dan terkesan setiap kali terjumpa naskhah al-Quran terbenam dalam lumpur ketika sedang melakukan gotong-royong.. dari sinilah kami sepakat untuk memulakan kempen mengumpul al-Quran dan Yasin," katanya. 

Sebaik dilancarkan, kempen itu menerima sumbangan daripada pelbagai pihak, termasuklah penduduk di kawasan perkampungan Sungai Isap Murni, Sungai Isap Jaya dan dari luar daerah Kuantan. 

"Walaupun program ini sudah dihentikan pada 11 Februari lalu, masih ramai yang terus menghubungi kami dan menyatakan rasa minat untuk turut sama menyumbang. 

"Penerimaan dan sambutan daripada orang ramai sangat menyentuh hati kami dan kita berharap mereka yang ingin menghulurkan sumbangan dalam bentuk naskah al-Quran atau Yasin, boleh terus berhubung dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bagi lebih memudahkan proses pengumpulan dan pengagihan," katanya. 

Abdul Rahim berkata, semua naskah al-Quran dan Yasin yang berjaya dikumpul pihaknya sudah diserahkan kepada JAIP untuk diagihkan kepada 55 masjid dan 33 surau yang paling teruk terjejas akibat musibah banjir awal tahun ini. 

"Kalau ikut perancangan asal, kami berniat untuk serahkan sendiri kepada masjid dan surau berkenaan, tapi disebabkan PKP 2.0, kita serahkan kepada mereka (JAIP) untuk uruskan," katanya.  – Getaran, 20 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 tahun yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Hebat Awak Dik!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 50 minit yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 2 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad