web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilik Kedai Emas Agih 1.2 Tan Durian Percuma Secara Pandu Lalu

Seorang pemilik kedai emas telah mengagihkan durian secara percuma kepada sekitar 500 hingga 700 pengguna jalan raya dengan setiap penerima mendapat dua atau tiga biji durian bergantung kepada saiz buah berkenaan.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Jul 2021 1:08PM

Semua gambar: Bernama/Zulkarnain Kamaruddin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seorang pemilik kedai emas mengambil inisiatif mengagihkan sebanyak 1.2 tan pelbagai jenis durian termasuk durian kampung, Musang King dan Tok Litok secara pandu lalu kepada pengguna jalan raya di Pasir Pekan di sini hari ini

Ketua Pegawai Eksekutif MZ Gold Murtadhatumizi Mustapha berkata agihan secara percuma itu diberikan kepada sekitar 500 hingga 700 pengguna jalan raya dengan setiap penerima mendapat dua atau tiga biji durian bergantung kepada saiz buah berkenaan.

“Idea untuk mengagihkan durian secara percuma ini kerana harga durian di pasaran agak tinggi. Jadi timbul di hati saya untuk berkongsi sedikit dengan orang ramai terutamanya bagi mereka yang terjejas pendapatan ketika tempoh pandemik COVID-19 ini.

“Mungkin ada antara kita yang teringin untuk menikmati durian, namun tidak mampu. Oleh itu, dengan adanya sumbangan ini sekurang-kurangnya ia dapat memenuhi hasrat mereka yang tidak berkemampuan,” katanya ketika ditemui pemberita di Pasir Pekan, di sini hari ini. 

Orang ramai mendapatkan durian yang diberi percuma oleh syarikat MZ Gold Sdn Bhd di jalan Kota Bharu ke Pengkalan Kubor di Pasir Pekan
Orang ramai mendapatkan durian yang diberi percuma oleh syarikat MZ Gold Sdn Bhd di jalan Kota Bharu ke Pengkalan Kubor di Pasir Pekan

Murtadhatumizi berkata bekalan durian berkenaan yang diperoleh daripada tujuh pembekal di sekitar Dabong, Kuala Krai itu membabitkan pembelian mencecah RM7,000 sekali gus membantu pembekal yang buntu memasarkan hasil mereka dan mengelak berlaku lambakan durian kerana raja buah itu mudah rosak.

“InshaAllah, inisiatif agihan buah durian secara percuma ini akan diperluaskan ke kawasan lain di sekitar Kota Bharu sekiranya terdapat bekalan,” katanya.

Seorang penerima, Ahmad Farid Awang Rani, 37, dari Kampung Bharu, Pasir Pekan berkata kali terakhir beliau membeli buah durian sekitar dua minggu lepas yang berharga RM7 sekilogram.

“Sumbangan durian secara percuma ini sekurang-kurangnya dapat ‘menggembirakan’ hati penerima yang tidak berkemampuan. Malah, sebagai pemandu lori saya hanya mampu membeli buah durian ketika ada wang lebih untuk dinikmati bersama keluarga,” kata bapa kepada empat orang anak itu. - Bernama

Isu Pada

Sweet Qismina Melakar Laluan Seni

24 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

Semasa 5 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN