web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Hidangan Coklat Anda Boleh Pesan ‘Online’

Di musim PKPD ini, apa kata anda hilangkan stres terperap di rumah dengan makan coklat!

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 9:13AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika orang Malaysia mempunyai gigi manis dan menyukai makanan-makanan yang berasaskan coklat. Coklat sememangnya menjadi manisan pilihan yang digemari semua tanpa mengira usia!

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Isabelle Romualdez, Malaysia menduduki tangga pertama di Asia Tenggara dengan 21% rakyatnya mencari makanan-makanan yang berasaskan coklat dalam talian pada 2020 kala pandemik. 

Gambar: iprice
Gambar: iprice

Ramai antara kita memiliki kenangan manis semasa kecil dengan manisan pahit-manis ini. Siapalah yang tidak mengingati kendera saji Milo yang datang ke sekolah-sekolah? Atau sebatang Choki Choki yang murah namun penuh nikmat... oh rindunya! 

Pada hari ini, manisan coklat ini telah berevolusi secara kreatif menjadi aneka hidangan yang merawat hati dan selera. Alang-alang sudah terperap lama di rumah, berikut kami senaraikan enam hidangan berasaskan coklat yang boleh anda pesan secara dalam talian, seperti di bawah:

 

Yang Unik 

#1 ROYCE Chocolates

Saat ini, tiada batasan lagi tentang cara anda boleh memakan coklat. ROYCE Chocolates mencipta kerepek kentang bersalut coklat yang tersendiri! Gabungan sempurna antara manis dan masin, ia disaluti pelbagai jenis coklat seperti coklat pahit atau fromage blanc

Laman sesawang: ROYCE.com

#2 MyCookieDough

Jika anda mencari hidangan coklat unik yang lebih santai, MyCookieDough menawarkan variasi coklat seperti biskut coklat lembut yang disajikan bersama ais krim. Turut menyajikan berbagai hidangan coklat lain seperti salted caramel brownie dan white chocolate raspberry

Laman sesawang: mycookiedough.com

 

Yang Artisan

#3 Chocolate Concierge

Jika anda menggemari coklat yang cantik dan menarik, manjakan pilihan coklat anda dengan Chocolate Concierge. Jenama ini menawarkan aneka jenis hidangan coklat dengan pelbagai rasa khas Malaysia seperti Onde-Onde, Sweet Laksa dan Durian Bomb!

Laman sesawang: ChocolateConcierge.com

#4 Harriston Chocolatier Cafe

Bahkan jika anda mahukan coklat dengan sentuhan artistik, Harriston Chocolatier Cafe adalah pilihan tepat. Hidangan coklat yang paling terkenal di sini adalah Curry Milk Chocolate, Ginger Dark Chocolate dan White Pineapple Chocolate with Crunchy Coconut. Mewah dan menyelerakan! 

Laman sesawang: harristonchocolatier

 

Yang Sihat

#5 Kind Kones

Kind Kones memiliki berbagai macam ais krim buat si penggemar coklat yang mementingkan kesihatan. Cubalah Chocolate Sorbet atau Salted Chocolate Chip - kedua-duanya vegan, bebas gluten dan soya! Hidangan coklat di sini boleh diperibadikan mengikut selera dan kesukaan anda.

Laman sesawang: kindkones.com

#6 88KETO

Satu lagi jenama yang menawarkan hidangan coklat sihat. 88KETO memperjuangkan makanan kecergasan dan menawarkan coklat yang berasaskan keseimbangan diet keto. Sekarang semua orang boleh makan coklat tanpa peduli tentang kalori!

Laman sesawang: 88keto.com

Semua hidangan-hidangan coklat ini boleh didapati secara dalam talian di GRAB Malaysia. – Getaran, 12 Julai 2021

Semua gambar: Dari jenama-jenama berkenaan

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

oleh Rahayu MN