web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Awas Si Gigi Manis, Gula Lagi Ketagih Daripada Dadah!

Buat anda yang sukakan kemanisan, ketahui tiga perkara ‘membunuh’ ini tentang bahaya di sebalik manisnya gula.

Selera Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2021 8:45AM

Gambar: MAF (https://philmaffetone.com)

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun umum mengetahui gula tidak baik untuk kesihatan, namun masih ramai yang tidak mengendahkan tentang impaknya. Gula seakan-akan dianggap tidak mendapat prestasi buruk, seburuk garam, minyak atau lemak di mata masyarakat.

Mungkin faktor inilah yang menyebabkan sukarnya masyarakat kita untuk mengurangkan pengambilan gula, sama ada di dalam makanan mahupun minuman. Di sebalik manisnya gula, ternyata terkandung bahaya yang tidak boleh dianggap remeh.

Berikut kami sertakan tiga perkara ‘membunuh’ tentang gula, agar dapat memberi kesedaran tambahan kepada semua:

GULA BUAH-BUAHAN JUGA BAHAYA?

Menurut laporan BERNAMA, hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) mendapati 50.1 peratus daripada orang dewasa di Malaysia mempunyai sama ada berlebihan berat badan atau obesiti, di mana 30.4 peratus merupakan berlebihan berat badan, manakala 19.7 peratus adalah obes. 

Kadar obesiti meningkat hampir setiap tahun, baik dari kalangan dewasa mahupun kanak-kanak. Salah satu penyebabnya adalah tingginya pengambilan minuman manis. Satu kajian menemukan tentang mudarat gula fruktosa. Pengambilan fruktosa (gula buah) berlebihan boleh menyebabkan risiko ketagihan, gangguan hormon, penyakit jantung, diabetes dan obesiti.

MEMBUNUH DALAM DIAM

Pengambilan fruktosa berlebihan juga berhubungan dengan peningkatan risiko kondisi resistensi Leptin.

Leptin adalah hormon yang memberi signal kepada otak jika perut sudah kenyang. Jika tubuh mengalami resistensi leptin, maka otak tidak akan merasa puas meski tubuh sebenarnya sudah pun kenyang. Akibatnya, kita tidak boleh menghentikan keinginan untuk makan. 

Dalam jangka panjang, hal ini tentu menyebabkan obesiti jika tidak terkawal. Perkara tersebut berlaku secara senyap dan perlahan, sehingga orang sering kali tidak sedar mengalaminya. 

Gambar: Maria Petersson, Unsplash
Gambar: Maria Petersson, Unsplash

GULA LEBIH KETAGIH BERBANDING DADAH

Menurut Kris Gunnars, pakar nutrisi dari Healthline, gula adalah lapan kali lebih memberi ketagihan berbanding dadah jenis kokain. 

Memanglah gula dihasilkan melalui proses semula jadi dari makanan, terutama buah-buahan dan sayur-sayuran, tetapi gula juga adalah agen ketagihan yang popular. Banyak kajian menemukan bahana pengambilan gula secara berlebihan boleh menyebabkan diabetes, obesiti, resistensi insulin, penambahan lemak perut, paru-paru dan serangan jantung. 

Gula lebih memberi ketagihan berbanding dadah menerusi satu kajian tikus makmal yang lebih memilih air berkandung gula, berbanding dadah kokain.  - Getaran, 29 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anjing Liar Ancam Nyawa, PBT Digesa Segera Bertindak

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

oleh Rahayu MN