web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


The Malaysian Kitchen Tambat Selera, Raikan Citarasa Tempatan Asli 

Kempen sepanjang tahun ini dibawakan oleh Marriott Bonvoy Hotels & Resorts Malaysia 

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2025 12:14PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rangkaian hotel dan resort di bawah naungan Marriott Bonvoy Malaysia baru-baru ini dengan bangganya melancarkan kempen ‘The Malaysian Kitchen’ yang meraikan warisan kulinari negara ini. 

Barisan cef terlibat
Barisan cef terlibat

Kempen selama setahun ini menghimpunkan barisan cef berbakat dari seluruh rangkaian hotel Marriott Bonvoy untuk menghasilkan juadah-juadah enak yang menyerlahkan keaslian rasanya dan menjadi identiti Malaysia. Daripada makanan popular di jalanan, sehinggalah ke dapur keluarga. 

Pendek kata, kempen The Malaysian Kitchen ini memberi peluang kepada tetamu untuk memulakan perjalanan gastronomi yang menghubungkan pelbagai hidangan asli Malaysia yang paling diidamkan, diolah dengan penuh teliti agar keaslian rasanya itu dapat dinikmati oleh pencinta makanan.

Ramesh Jackson
Ramesh Jackson

"Masakan Malaysia adalah cerminan sebenar kepelbagaian dan warisan negara kita. Dengan kempen ini, kami mahu membawa keajaiban kulinari ini terus kepada tetamu kami.

“Kami mahu setiap tetamu, sama ada rakyat tempatan mahupun pelancong dari luar negara dapat meneroka  kepelbagaian citarasa masakan Malaysia di hotel kami, daripada makanan jalanan sehinggalah kepada hidangan yang sering disediakan di dapur-dapur keluarga. Tidak perlu melangkah keluar dari hotel,” ujar Naib Presiden Serantau, Indonesia & Malaysia, Marriott International, Ramesh Jackson. 

Dihasilkan Dengan Teliti, Tidak Perjudikan Rasa Asli

The Malaysian Kitchen mahu menyingkirkan pendapat skeptikal tentang masakan hotel yang sering dianggap gagal mempersembahkan keaslian rasa, terutamanya hidangan tradisional. 

“Tetamu sering mencari rasa tempatan yang asli, tetapi mereka kadang-kadang merasakan bahawa makanan hotel tidak menepati selera kerana diubah suai untuk pelancong.

“The Malaysian Kitchen merapatkan jurang itu dengan menawarkan hidangan autentik dengan kualiti yang konsisten, disediakan oleh barisan chef terbaik di seluruh portfolio kami," kongsi Pengarah Operasi Kawasan Kanan, Indonesia & Malaysia, Marriott International, Masri.

Di The St. Regis Kuala Lumpur, Cef Eksekutif Norazizi Taslim mempersembahkan nasi lemak ayam rendang, satu hidangan yang mengingatkan kehangatan pertemuan keluarga. 

“Nasi lemak lebih daripada sekadar hidangan, ia sentiasa membuat kita rasa dekat dengan rumah. Aroma nasi yang wangi, kerangupan ikan bilis, dan sambal yang ditumis perlahan membawa saya kembali ke hujung minggu yang dihabiskan bersama keluarga. Setiap suapan adalah pelukan nostalgia,” kongsi Cef Norazizi. 

Nasi Lemak
Nasi Lemak

Nasi lemak ciptaannya disediakan dengan santan yang diperah segar manakala sambalnya pula adalah resipi warisan keluarga yang diwarisi daripada neneknya. Ia ditumbuk dengan lesung batu untuk menghasilkan rasa yang lebih mendalam dan kompleks.

Sementara itu, di W Kuala Lumpur, Cef Anas Luqman menghasilkan menu ayam percik, hidangan yang sering diburu di bazar Ramadan.

“Setiap kali menyediakan hidangan ini, saya terus teringatkan zaman kanak-kanak yang sering memerhatikan peniaga yang cekap menyapu ayam dengan sos perapan kelapa berempah,” ujar Cef Anas. 

Ayam Percik
Ayam Percik

Ayam percik air tangan Cef Anas juga tidak kalah dengan rasa dan aroma asap yang mewah. Ia dipanggang  secara perlahan-lahan bagi mengunci rasa dan tekstur hidangan ikonik ini.

Bagi penggemar sate, bolehlah menikmati hidangan yang disediakan oleh Junior Sous Chef Syafiq Ruzi jika menginap di The Ritz-Carlton, Langkawi. 

Hidangan jalanan popular ini terinspirasi daripada hidangan Sate Kajang yang sering dinikmati olehnya ketika menghabiskan kebanyakan masanya di Kajang suatu ketika dahulu. 

“Sate bukan sekadar makanan, ia adalah tentang pengalaman. Ia adalah penantian untuk melihat sate berdesir ketika dimasak, aroma yang mengumpan selera dan suapan pertama sate yang dicicah ke dalam sos kacang yang kaya dan berlemak,” kenangnya. 

Sate
Sate

Cef Syafiq menggunakan daging lembu yang diberi makan bijirin dari Australia untuk kelembutan yang maksimum. Menggabungkan rempah tradisional, sate ini dimasak di atas api arang yang dikawal dengan teliti, memastikan keseimbangan sempurna antara kelembutan dan asap.

Bagi Cef Lee Keen Suaan dari Penang Marriott Hotel, char koay teow adalah jiwa budaya makanan jalanan Pulau Pinang.

Char Kway Teow
Char Kway Teow

“Rahsianya terletak pada wok hei yang menghasilkan rasa dan aroma idaman. Setiap helaian kuetiau harus menyerap rasa asap, sementara penambahan telur itik dan lap cheong ayam mengangkat hidangan ini ke tahap keenakan rasa yang memikat,” ujar beliau.

Di Renaissance Kuala Lumpur, Cef Cheah E Keong mempersembahkan nasi ayam, hidangan kegemaran ramai yang tidak lapuk dek zaman dan dipenuhi dengan nostalgia.

Nasi Ayam Hainan
Nasi Ayam Hainan

“Kaum Cina Hainan telah menyempurnakan hidangan ini selama beberapa generasi, dan versi saya menghormati tradisi itu sambil mempertingkatkan rasa yang lebih halus,” katanya.

Cef Elossa Danette yang bertugas di Aloft Kuala Lumpur Sentral pula mempersembahkan Laksa Sarawak. 

Hidangan ini sentiasa dekat di hatinya kerana ia mempunyai kaitan erat dengan zaman kanak-kanaknya dan merupakan hidangan tradisi keluarga.

“Laksa Sarawak membawa saya kembali ke dapur nenek saya, di mana saya mula belajar cara membuatnya. Ia mewakili keluarga, budaya, identiti dan komuniti,” kongsinya. 

Laksa Sarawak
Laksa Sarawak

Versinya masih autentik dan tetap setia dengan resipi asal, dengan kuah yang diperkaya dengan stok udang dan ayam, dimasak perlahan dengan pes laksa dan santan.

Hidangan ini dengan indah menonjolkan warisan kepelbagaian kaum di Sarawak, menggabungkan pengaruh Melayu, Cina dan pribumi Borneo dalam satu mangkuk yang harmoni dan penuh rasa. 

Dihidangkan dengan sambal belacan untuk sentuhan pedas, Laksa Sarawak Cef Elossa adalah hidangan yang menghangatkan hati tentang rumah.

Mengintai ke Perhentian Marriott Resort & Spa, Cef Fuad Yusof mempersembahkan nasi kerabu yang agak renyah persiapannya.

“Nasi kerabu selalu memikat saya dengan warnanya yang ceria, herba segar dan aroma ayam percik yang sukar ditolak,” kongsi Cef Fuad.

Nasi Kerabu
Nasi Kerabu

Versinya tetap setia pada resipi tradisional Pantai Timur, dengan nasi yang direndam bunga telang, budu dari Kelantan, solok lada buatan tangan dan daging percik yang dipanggang menggunakan arang. 

Terdapat banyak lagi hidangan citarasa Malaysia yang menanti tetamu di hotel dan resort Marriott Bonvoy yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia. - Getaran, 17 Mac 2025

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 4 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 4 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN