Adakah anda bersedia untuk rasa segar memanjakan selera dengan hidangan avokado yang memikat selera? Restoran makanan segera, Shake Shack yang popular kini telah membuka cawangan keduanya di Sunway Pyramid bermula 19 Disember lalu.
Pembukaan yang ditunggu-tunggu ini memperkenalkan seleksi menu avokado buat pertama kalinya dan ia tersedia secara eksklusif di cawangan Sunway Pyramid bermula 19 Disember manakala Shake Shack, The Exchange akan mula menghidangkannya pada 2 Januari nanti.

Terdapat dua pilihan burger avokado eksklusif yang boleh dipilih untuk meningkatkan pengalaman menikmati burger anda.
Pertama, burger keju daging Angus yang dilapisi dengan kepingan daging enak, hirisan avokado segar serta dilengkapi dengan sos istimewa, ShackSauce. Semuanya dihidangkan dalam roti kentang yang lembut dan empuk.
Jika daging bukan idaman selera, boleh pesan burger ayam avokado yang mengunakan isi ayam bebas antibiotik yang lembut, digandingkan dengan hirisan avokado segar, salad segar, jeruk masam dan mayonis herba buttermilk yang kaya.

Kedua-dua burger avokado ini bukanlah sekadar hidangan untuk memuaskan selera anda semata-mata, tetapi ia juga adalah untuk meraikan kesegaran, kualiti dan bahan-bahan premium.
Sama ada anda seorang pencinta avokado tegar atau peminat burger yang mencari kelainan, burger ini menjanjikan kepuasan yang diinginkan.
Sempena pembukaan baharu ini juga, buat pertama kalinya peminat Shack juga diberi peluang untuk menambah hirisan avokado pada semua burger kegemaran mereka.
Pemanis Mulut Citarasa Tempatan
Kunjungan ke Shake Shack bagaikan tidak lengkap jika tidak mencuba menu pemanis mulut istimewa mereka, ‘Concretes’. Hidangan ini merupakan adunan kastard beku yang diadun dengan topping menarik bagi memanjakan lidah.

Sempena membukaan terbaharu ini, Shake Shake membawakan tiga perisa ‘Concretes’ yang eksklusif dan hanya boleh dinikmati di Sunway Pyramid. Berikut adalah perisa yang boleh dijadikan pilihan.
1) Shack Attack
Manjakan diri dengan kastard beku coklat dekaden yang diadun dengan ketulan coklat mewah, brownie dan sos fudgeShack. Kombinasi ini membangkitkan rasa mewah pada setiap suapan, menyokong misi Shake Shack, ‘Stand For Something Good®’.

Dengan lima peratus daripada setiap pembelian disumbangkan kepada Generasi Gemilang, Shake Shack berbangga bekerjasama dengan organisasi yang memberi impak ini untuk memberi kembali kepada masyarakat.
2) Cleopatra’s Dream

Penggemar sos pistachio, kastard vanila beku ini adalah untuk anda! Diadun dengan sos pistachio, ditabur dengan biskut matcha dan krep rangup, Cleopatra’s Dream adalah ‘penawar’ kepada hari-hari yang suram.
3) The Golden Rule
Kastard vanila beku yang diadun dengan buah markisa dan mangga ini mencetuskan sensasi rasa masam dan manis di dalam mulut. Bahagian atasnya yang diadun dengan biskut karamel dan taburan emas membuatkan anda susah untuk berkata ‘tidak’.
Jadi, jika anda mahu melalui pengalaman menjamu selera yang menjanjikan kepuasan, luangkanlah masa bersama keluarga, mahupun teman-teman ke Shake Shack, Sunway Pyramid.

Untuk yang masih tertanya-tanya tentang status halal restoran ini, jawapannya ialah, ia tidak mempunyai sijil halal JAKIM. Bagaimanapun, Shake Shack, Sunway Pyramid menawarkan menu yang bebas daging babi, lemak babi, dan alkohol. - Getaran, 21 Disember 2024