web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


McCormick Tampil Wajah Baharu, Kerjasama Dengan Pempengaruh

Kempen 'Create Fresh Memories with McCormick’ ini menampilkan pengaruh popular Michelle Yeong, Syifa Jamil dan Abdul Qayyum Halid

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2024 3:52PM

Wajah baharu McCormick

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peneraju perisa global McCormick memasuki era baharu transformasi di Asia Tenggara (SEA) dengan inovasi baharu yang dipamerkan menerusi kempen, ‘Create Fresh Memories with McCormick’. 

Menerusi kempen itu, jenama yang dipercayai ramai ini memperkenalkan tiga Spice Stars pertama yang diyakini mampu memberi impak dan mampu menarik minat pengguna untuk mencuba produk-produk keluaran McCormick. 

Tiga orang pempengaruh media sosial yang terpilih sebagi ‘Spice Star’ ialah Abdul Qayyum Halid yang juga dikenali sebagai chesayangkitchen, terkenal dengan video masakan ‘2 minit, 1 resipi’, Michelle Yeong, seorang pencipta kandungan yang sering berkongsi resipi menu makanan yang ringkas, selesa dan berkhasiat di rumah, serta Syifa Jamil, pencipta kandungan yang menampilkan teknik memasak tradisional dan kontemporari.

Menerusi Kempen ini, ‘Spice Stars’ akan membayangkan semula kenangan makanan mereka yang dihargai menggunakan perisa ikonik jenama itu. 

Dengan berkongsi resipi peribadi dan detik-detik yang tidak dapat dilupakan berkisar tentang makanan dan perisa, Spice Stars akan menyerlahkan hubungan emosi antara makanan dan ingatan. 

Kedua-dua McCormick dan Spice Stars akan menyiarkan kandungan kempen di halaman media sosial mereka.

(Dari kiri) Abdul Qayyum Halid (Spice Star), Michelle Yeong (Spice Star), Priya Sharma (Pengarah Urusan McCormick India-SEA) dan Syifa Jamil (Spice Star)   
(Dari kiri) Abdul Qayyum Halid (Spice Star), Michelle Yeong (Spice Star), Priya Sharma (Pengarah Urusan McCormick India-SEA) dan Syifa Jamil (Spice Star)  

Selain kempen, McCormick juga tampil denganpembungkusan baharu yang inovatif, serta memperkenalkan barisan produk baharu sos BBQ Grill Mates dalam perisa relevan serantau seperti Spicy Korean dan Sichuan Mala, dan tidak lama lagi akan melancarkan satu siri inovasi produk seperti Shake Shake Black Pepper & Truffle Flavored Seasoning serta Air Fryer Marinade Mixes.

Pengarah Urusan McCormick India-Asia Tenggara Priya Sharma berkata, pengguna di ASEAN telah mengenali herba dan rempah ratus McCormick selama beberapa dekad dan mereka tahu produk berkenaan telah menjadi tambahan penting untuk meningkatkan citarasa makanan mereka.

“Dengan pengubahsuaian baharu ini, kami ingin memberi penghormatan kepada detik-detik hidangan istimewa menggunakan herba dan rempah ratus kami. McCormick bermatlamat untuk membantu pengguna mencipta semula kenangan masakan yang dihargai dalam konteks gaya hidup moden.

“Untuk itu, kami berbesar hati memperkenalkan wajah baharu pek pembungkusan yang dicipta secara inovatif berpandukan maklum balas pengguna,” ulasnya.

Pembungkusan baharu ini menampilkan reka bentuk yang rapi dan bersih yang membolehkan semua tukang masak di rumah mencapai kualiti dan rasa terbaik dalam makanan mereka.

Kalau dahulu McCormick menggunakan botol plastik, kini ia beralih  ke botol kaca dan memperkenalkan penutup SnapTight™ serba baharu termaju yang berfungsi untuk mengunci rasa, mengekalkan rasa segar herba dan rempah ratus, dan tahan lebih lebih lama.

Penambahbaikan reka bentuk mesra pengguna lain, termasuklah nama herba dan rempah ratus yang dipaparkan pada tudung, tarikh guna sebelum yang menonjol pada kedua-dua tudung dan botol, label telus baharu yang membolehkan pemantauan lebih mudah, dan penutup yang juga boleh diakses dengan sudu teh. - Getaran, 28 November 2024

Foto : McCormick

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 4 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 4 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN