web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sepiring Mungkin Singgah Ke Rumah Anda Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-9

Perayaan ulang tahun ini menjanjikan kegembiraan, kejutan dan promosi yang menarik dengan diskaun sehingga 50 peratus

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2024 6:19PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Restoran yang terkenal dengan pelbagai hidangan citarasa Malaysia, Sepiring, kini sedang meraikan ulangtahunnya yang ke-9. Untuk memeriahkan pencapaian ini, Sepiring melancarkan satu siri aktiviti menarik di seluruh Lembah Klang sepanjang September dan Oktober 2024 ini.

Sorotan utama untuk aktiviti ini ialah lawatan mengejut ke rumah pelanggan bertuah khususnya di Shah Alam, Seri Kembangan, Bukit Jelutong dan Petaling Jaya.

Setiap rumah terpilih akan menerima Dulang Nasi Ulam Nyonya dan Kek Yam istimewa mereka untuk dinikmati seisi keluarga. 

Di samping itu, dalam usaha untuk memberi kembali kepada komuniti yang telah memberikan sokongan selama ini, Sepiring juga akan menganjurkan perjumpaan peminat untuk pelanggan mereka yang dihargai & ahli aplikasi kesetiaan (sedapZ).

Sejak dibuka sembilan tahun lalu, Sepiring telah memikat hati rakyat Malaysia dengan hidangan tempatannya yang unik dan mempamerkan kepelbagaian citarasa Malaysia seperti Nasi Ulam Nyonya dan Rojak Pulau Pinang. 

Tidak ketinggalan, Nasi Ayam Hainan klasik dan hidangan bermusim seperti Coconut Cendol Cooler. Barisan menu Sepiring memang menterjemahkan hidangan warisan yang boleh dikongsi dan dinikmati bersama.

“Perjalanan kami sejak sembilan tahun lalu dibina atas semangat untuk menyatukan orang ramai melalui makanan.

“Sepiring bukanlah sekadar tempat makan, tetapi ia adalah ruang di mana komuniti berhubung melalui hidangan enak bagaikan di rumah sendiri. Sambil kita melihat ke masa hadapan, kami teruja untuk terus menyatukan orang ramai melalui rasa Malaysia yang pelbagai dan lazat,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd, Wong Kah Yong.

Sepiring merancang untuk mengembangkan lagi jejaknya, dengan pembukaan cawangan baharu dan membawa cita rasa Malaysia ke pasaran antarabangsa. 

Dengan setiap lokasi baharu, Sepiring menyasarkan untuk terus menjadi duta warisan kulinari Malaysia yang membanggakan.

Jadi tunggu apa lagi, jomlah menikmati hidangan lazat di Sepiring untuk merebut pelbagai tawaran menarik. 

Untuk maklumat lanjut atau kemas kini terkini mengenai Sepiring, layari laman web rasmi mereka di https://sepiring.com.my/ atau ikuti mereka di Instagram, https://www.instagram.com/sepiring_malaysia. - Getaran, 24 September 2024

Foto : Sepiring

Berita Berkaitan

1

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 3 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 4 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 4 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN