web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bufet Ramadan ‘Selera Kampungku’  Di Crowne Plaza Kuala Lumpur City Centre

ema ini dipilih kerana ia melambangkan sebuah pengalaman kulinari yang luar biasa di mana ia menyulam unsur-unsur tradisi dan juga moden

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 8:39PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Crowne Plaza Kuala Lumpur City Centre yang baru sahaja beroperasi membuka tirai acara mereka dengan mempersembahkan bufet ‘Selera Kampungku’ sempena meraikan kehadiran bulan Ramadan kali ini. 

Terletak di lokasi tumpuan ramai, Crowne Plaza mempelawa anda untuk menggamit memori ketika berkumpul bersama orang-orang tersayang dan rakan-rakan dengan  santapan bufet yang istimewa. 

Tema ‘Selera Kampungku’ melambangkan sebuah pengalaman kulinari yang tiada bandingannya, menyulam unsur-unsur tradisi dan juga moden. Jelas pengurusan hotel, mereka mengharapkan bufet makan malam ini boleh mengeratkan silaturahim di kalangan mereka yang hadir menjamu selera. 

Berbekalkan pengalaman yang luas dalam dunia kulinari, Chef Eksekutif Crowne Plaza, Adrian Jackson telah menghasilkan juadah-juadah enak yang berunsurkan makanan Melayu tradisional. 

“Tahun ini, saya berbangga untuk memperkenalkan aneka hidangan klasik yang diberi sentuhan moden, dirumus untuk dinikmati oleh semua golongan serta menggamit memori semua yang datang menjamu selera,” ulas Chef Adrian. 

Mulakan ‘jelajah rasa’ anda dengan sup ‘gearbox’ kambing berempah, hidangan tradisional yang telah diberikan nafas baharu, atau semangkuk bubur lambuk yang sinonim dengan bulan puasa.

Kedua-dua juadah ini adalah sempurna untuk memulakan sesi iftar dan memberi anda suntikan tenaga.Selain itu, terdapat banyak lagi hidangan pembuka selera yang disediakan seperti kerabu sotong pedas, kerabu kaki ayam, dan kerabu taugeh untuk merangsang deria rasa anda. 

Untuk hidangan utama, jangan lepaskan peluang untuk mengalami keistimewaan kulinari dari darat dan laut menerusi juadah seperti perut sapi masak lemak cili api yang hangat, kari kepala ikan serba klasik, kambing golek yang dihidangkan bersama sos pudina, serta sotong goreng mamak yang  penuh perisa dan rangup. 

Tidak dilupakan ialah hidangan tradisi lemang, ketupat dan serunding. Tambah menarik, terdapat juga rendang daging wagyu yang mungkin tidak ada di tempat lain. Malah, tetamu juga dapat menikmati sajian seperti ikan, sotong, dan kerang bakar, berserta aneka sate di stesen gril ‘Bakar-Bakar’. Ada pelbagai jenis sambal turut tersedia  untuk melengkapi juadah berbuka puasa ini. 

There's always room for dessert, jadi sebelum menyudahi sesi berbuka puasa anda, jenguklah ke kaunter pemanis mulut. Ada banyak pilihan menanti dan anda boleh menikmati sepuas-puasnya aneka juadah manis dan menyelerakan. Antara yang boleh dicuba ialah kek badam pandan gula melaka, kek coklat kurma, kek span gulung teh tarik, dan banyak lagi. 

Bukan itu sahaja, pelbagai kuih raya dan pencuci mulut tradisional seperti pengat durian, bubur pulut hitam, pulut mangga pandan dan cendol turut dihidangkan demi memuaskan citarasa tetamu yang pelbagai. 

Pengurus Besar Crowne Plaza Kuala Lumpur City Centre, Kuljit Singh, berkata, “memandangkan Bufet Selera Kampungku yang julung kali ditawarkan, kami berasa amat teruja untuk membekalkan sebuah pengalaman yang diwarnai dengan nostalgia buat para tetamu menerusi juadah-juadah kami yang enak, mempamerkan kepakaran pasukan kulinari kami.”

Bufet Makan Malam Selera Kampungku disediakan mulai 15 Mac hingga 7 April 2024 dari 6:30 petang hingga 10:30 malam, dilatari dengan persembahan muzik tradisional pada setiap malam, kecuali Isnin. 

Harga untuk dewasa ialah RM188++, kanak-kanak RM98++ dan warga emas (60 tahun ke atas) RM138++. Pembelian awal yang dibuat sebelum 14 Mac 2024, layak mendapat potongan harga 20%.

Crowne Plaza juga telah berganding bahu dengan jenama tempatan, Kintry yang menawarkan snek artisan sihat bertaraf premium untuk dijadikan buah tangan dan hadiah sepanjang musim lebaran tahun ini. 

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi +6012 866 8121 atau e-mel kepada [email protected]. - Getaran, 25 Februari 2024

Foto : Crowne Plaza KL & Rahayu MN

Berita Berkaitan

1

Selera 2 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 2 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 3 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia