web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beriani Asif - Hidangan Beriani Pakistan Asli Wajib Cuba 

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2024 2:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, [be.ria.ni] | برياني ialah nasi yang dimasak dengan rempah-rempah (lauk, minyak sapi, dll). Jadi, Beriani Asif sudah dapat satu mata kerana mengeja beriani dengan tepat. Syabas.

Dibuka semenjak 17 tahun yang lalu, Restoran Beriani Asif ialah restoran yang menawarkan masakan Pakistan yang lazat dan sesuai dengan selera masyarakat Malaysia. Berlokasi di Taman Nirwana, Ampang Jaya, Selangor, tentu sekali Beriani Asif terkenal dengan hidangan berianinya. 

Beriani di sini tidak berkuah kerana nasi dan dagingnya sudah cukup berperisa. Terdapat pelbagai pilihan beriani yang bermula daripada RM5 untuk nasi beriani sahaja, RM16 untuk beriani ayam, RM20 untuk beriani kambing atau lembu dan RM15 untuk beriani vegetarian.

Butiran nasinya panjang-panjang dan rempah-ratus yang digunakan mengiktiraf kepakaran Beriani Asif dalam menyediakan hidangan beriani. Setiap pinggan beriani datang dengan sedikit raita (timun, bawang, lobak dan yogurt), elemen sejuk untuk mengimbangi rasa rempah-ratus sajian.

Bak kata pepatah Inggeris, the proof is in the pudding dan dalam hal ini, ‘…is in the beriani. Daging di Beriani Asif tertimbus di dalam nasi dan sebaik sahaja ‘pencarian’ daging bermula, aroma beriani yang lazat menyerbak. 

Selain beriani, Beriani Asif juga menampilkan menu unik masakan Pakistan yang menarik untuk dicuba. Masakan seperti masala, keema, karahi, achari, butter chicken, tikka masala, palak paneer, bindhi, aloo gobho dan banyak lagi boleh dicuba dengan nasi atau roti naan yang sangat lazat.

Masakan di Beriani Asif majoritinya berempah umpama kari dan jika anda tidak pasti apa tentang nama-nama masakan, tanyakan saja pelayan kerana kari di sini ada seribu satu jenis. Selain roti-roti panas yang baru sahaja dibakar, tandoori, dan kebab juga boleh dicuba. 

Menu minuman di Beriani Asif juga tidak kurang menariknya. Pelbagai jenis lassi (minuman berasaskan yogurt) terdapat di sini, ada lassi masin, lassi manis, lassi kosong, lassi mangga, lassi epal dan sebagainya. Minuman lassi ini sangat menyamankan tekak. Di bahagian air panasnya, teh masala susu segar kelihatan menarik. Teh masala ialah teh berempah gandingan halia, buah pelaga, bunga cengkih, dan kayu manis. Siapa yang gemarkan minuman berempah, boleh tempah secawan. Kalau nak merasa kopi atau teh menggunakan susu segar juga disediakan di sini. 

Walaupun nama masakan nasi ini beriani, lain restoran lain rasanya. Beriani Asif Taman Nirwana antara restoran yang berianinya sedap yang teramat. - Getaran, 28 Januari 2024

Beriani Asif
9-2B, Jalan Nirwana 38, Taman Nirwana, 68000, Selangor
Buka Setiap Hari: 1130 pagi – 10 malam
Tutup: Isnin

Berita Berkaitan

1

Selera 2 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

2

Selera 2 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

3

Selera 3 bulan yang lalu

Tealive Kini Di Rak Pasar Raya: Premix 3-Dalam-1 Dilancar Di Jaya Grocer

4

Selera 3 bulan yang lalu

Menu Ramadan Mesti Cuba Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia