Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Hidangan Paling Laris Di ShopeeFood, Roti Canai Pemenang Tempat Pertama 

Apabila membuat pesanan makanan secara dalam talian, ramai di antara kita sebenarnya cenderung memilih makanan yang dekat di hati. Jangan tak tahu, lain tempat, lain pilihan makanan kegemarannya. 

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 4:00PM

Semua hidangan punya peminat sendiri, malah ada yang harinya tidak sempurna jika tidak dapat menikmati kelazatan hidangan ini. - Gambar ihsan Shopee

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila bercerita tentang makanan tempatan, antara yang terlintas di fikiran adalah keistimewaan rasa Char Kuetiau Penang dengan aroma kuali ‘wok’, betapa enaknya Nasi Ayam Ipoh, dan harumnya nasi lemak dengan pelbagai jenis lauk-pauk.

Semua hidangan ini punya peminat sendiri, malah ada yang harinya tidak sempurna jika tidak dapat menikmati kelazatan hidangan ini.

Apabila negara dilanda wabak COVID-19 pada 2020 lalu, industri penghantaran makanan di Malaysia telah melonjak naik kerana ia cara yang paling mudah dan praktikal untuk mendapatkan makanan yang diidamkan. Maklumlah ketika itu perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuat kuasakan di seluruh negara. 

Wabak COVID-19 pada 2020 lalu secara tidak langsung melonjakkan industri penghantaran makanan negara. - Gambar ihsan Shopee
Wabak COVID-19 pada 2020 lalu secara tidak langsung melonjakkan industri penghantaran makanan negara. - Gambar ihsan Shopee

Dengan pelbagai kemudahan dan pilihan makanan sedia dipesan hanya di hujung jari, rakyat Malaysia kini lebih gemar untuk memesan makanan dengan menggunakan khidmat penghantaran makanan secara dalam talian. 

Menurut Statista.com, pada Ogos tahun lalu, 33 peratus responden Malaysia menyatakan bahawa mereka berbelanja sekitar RM20 – RM30 untuk satu pesanan melalui aplikasi penghantaran makanan dan kira-kira 11 perarus daripada mereka berbelanja RM50 atau lebih. 

Dengan banyak pilihan yang ada, selalunya pengguna atau pelanggan perkhidmatan dalam talian ini melakukan perbandingan untuk mendapatkan harga makanan yang lebih berbaloi dengan lebih banyak tawaran menarik. 

Gambar ihsan Shopee
Gambar ihsan Shopee

Platform pesanan makanan dalam talian, ShopeeFood contohnya menghubungkan pengguna Shopee dengan peniaga makanan yang bervariasi, daripada restoran popular sehinggalah ke gerai tempatan, dengan nilai berbaloi.

ShopeeFood kini boleh didapati di Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Ipoh dan Kota Kinabalu, Sabah. Menampilkan lebih daripada 2,000 hidangan, buatlah pilihan yang mengikut citarasa! 

“Dalam dunia hari ini, orang ramai semakin bergantung dan selesa dengan perkhidmatan digital, termasuk khidmat penghantaran makanan. Rakyat Malaysia menerima trend ini dengan hati terbuka kerana servis ini menyediakan kemudahan, nilai dan pelbagai pilihan makanan.”

“Jadi, ShopeeFood sangat teruja untuk menawarkan pengguna kami hidangan yang terbaik seiring dengan pengalaman pembayaran yang cukup mudah melalui ShopeePay, e-dompet kami yang diintegrasikan,” ujar Ketua Pemasaran ShopeePay dan ShopeeFood, Cheok Tuan Ee.

Hidangan kegemaran pengguna ShopeeFood 

Gambar ihsan Shopee
Gambar ihsan Shopee

Pengguna ShopeeFood dari keenam-enam lokasi nampaknya paling menggemari satu sajian utama, iaitu roti canai yang rangup dan enak! Sama ada roti canai biasa atau telur, hidangan yang enak dicicah dengan kuah kari dan dhal ini tiada tandingannya.  

Satu lagi kegemaran buat pengguna di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor dan Pulau Pinang ialah minuman cukup popular, secawan Kopi. 

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Selain itu, tidak mungkin pengguna ShopeeFood terlupa akan hidangan ruji di Malaysia - sepinggan nasi! Tentunya, rakyat Pulau Pinang menggemari keunikan Nasi Kandar mereka, manakala pengguna di Selangor dan Pulau Pinang amat menyukai sebungkus nasi ayam yang lazat sehingga menjilat jari. 

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Tidak ketinggalan, nasi lemak ikonik memegang takhta sebagai makanan paling digemari pengguna di Selangor dan Johor. 

Berikut ialah senarai lengkap lima hidangan paling popular pengguna ShopeeFood mengikut kawasan khidmat penghantaran. - Getaran, 19 September 2022

Gambar ihsan Shopee
Gambar ihsan Shopee

Kuala Lumpur dan Putrajaya  

Roti canai  

Kopi 

Sate ayam dan daging 

Nasi goreng kampung dan ayam 

Telur goreng (telur dadar) 

Selangor 

Roti canai  

Nasi lemak  

Nasi ayam 

Ayam goreng 

Nasi ayam penyet 

Johor  

Roti canai  

Kopi 

Nasi lemak ayam 

Bubur ayam 

Asam laksa 

Pulau Pinang 

Nasi ayam 

Roti canai  

Nasi kandar 

Kopi dan teh ais 

Sushi 

Ipoh 

Sushi 

Roti canai

Keropok lekor

Ayam goreng

Aiskrim

Kota Kinabalu, Sabah 

Roti Canai 

Pasta

Bubur ayam

Teh susu dengan mutiara

Wafel

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

2

Selera 1 bulan yang lalu

Nikmati Roti Canai Gaya Baharu Dengan Rollti

3

Selera 2 bulan yang lalu

Nasi Kandar Festival Di KL Tower 27 Dan 28 Januari Ini

4

TARA 5 bulan yang lalu

Nasi Kandar Terbaik KL? Mestilah Mohd Yaseem!

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 19 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran